CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Dunia] 600 tiket perjalanan ke angkasa berharga setengah juta terjual

[Copy link]
Post time 15-4-2022 12:10 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR menunjukkan ilustrasi ‘belon angkasa’ dan ruang di dalam kabin Neptune yang dikeluarkan oleh Space Perspective. - Getty


600 tiket perjalanan ke angkasa berharga setengah juta terjual

WASHINGTON – Sebanyak 600 tiket perjalanan ke angkasa lepas menggunakan sebuah kapsul serba mewah dilaporkan telah terjual sehingga kini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Perkara itu diumumkan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS), Space Perspective, yang menawarkan pakej pelancongan ke angkasa dengan menaiki kapsul Neptune.

Space Perspective memaklumkan telah menjual sehingga 600 tiket untuk perjalanan ke pinggir angkasa yang akan bermula pada 2024.

Tiket itu berharga AS$125,000 (RM528,687) setiap satu dan pakej tersebut bakal menawarkan perjalanan angkasa sehingga sejauh 32.2 kilometer (km) dari Bumi.

Jarak tersebut bagaimanapun agak dekat berbanding yang ditawarkan oleh syarikat Virgin Galactic dan Blue Origin dengan masing-masing sejauh sehingga 80.5 dan 99.8 km.

Dalam pada itu, Space Perspective dilihat menawarkan pakej yang lebih mewah untuk perjalanan ke angkasa setelah memuat naik ilustrasi kabin Neptune minggu ini.

Kapsul tersebut mempunyai tingkap setinggi 1.52 meter dan tempat duduk yang selesa dan empuk, dikelilingi oleh warna ungu oleh pencahayaan yang terang.

Setiap kapsul mempunyai sambungan WiFi, justeru pelancong akan dapat terus memuat naik gambar-gambar mereka di laman Instagram. Ia juga mempunyai ‘ruang rehat angkasa’ yang membolehkan pelancong memesan minuman dimahukan. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... engah-juta-terjual/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.140463 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list