View: 451|Reply: 0
|
Queenie ada misi besar di Sukan Sea Hanoi
[Copy link]
|
|
Queenie Ting Kung Ni memiliki misi tersendiri menjelang temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam, Mei ini.
PETALING JAYA: Jaguh lempar cakera wanita negara, Queenie Ting Kung Ni memiliki misi tersendiri menjelang temasya Sukan SEA Hanoi bulan depan.
Dia meletakkan sasaran peribadi untuk memperbaharui rekod kebangsaannya pada temasya dwitahunan tersebut.
Atlet berusia 24 tahun dari Sarawak tersebut turut bertekad perbaiki teknik bagi membantunya meraih pingat emas menjelang aksi yang berlangsung pada 12 hingga 23 Mei ini.
Queenie yang muncul wanita pertama Malaysia melepasi paras 50 meter dengan lemparan sejauh 50.67m (meter) di Ujian Balapan & Padang Malaysia pada November lalu tekad untuk perbaiki rekod tersebut.
“Ketika ini persiapan saya sangat baik dan objektif utama adalah untuk mendapatkan pingat di Hanoi nanti. Selain itu, saya telah berbincangan dengan jurulatih untuk catat rekod baharu melebihi 50.67m di Hanoi.
“Saya akan menggunakan baki masa yang ada ini untuk perbaiki teknik bagus dan konsisten sebelum berlepas ke temasya Sukan SEA nanti,” katanya.
Pada edisi 2019 di Filipina, Queenie berjaya memenangi pingat gangsa selepas melakukan 45.28m dan rekod semasanya ketika ini ialah 47.67m ketika bersaing pada Kejohanan KL Allcomers pada 26 Mac lalu.
Dalam pada itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan menghantar 13 atlet kategori A untuk menyertai Kejohanan Terbuka Singapura pada hujung minggu ini sebagai persiapan terakhir mereka menjelang Sukan SEA Hanoi.
https://www.utusan.com.my/terkin ... di-sukan-sea-hanoi/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|