View: 990|Reply: 7
|
[Tempatan]
Bazar Ramadan: Tak sedap, tak payah beli
[Copy link]
|
|
Pengguna mempunyai kuasa untuk terus memboikot mana-mana peniaga bazar Ramadan yang tidak mementingkan kualiti serta kebersihan makanan selain cuba mengaut keuntungan berganda dengan mengenakan harga juadah mahal.
Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N. V. Subbarow berkata, pengguna seharusnya bijak membuat pilihan juadah pada harga paling minimum serta terjamin kebersihannya.
Menurutnya, pengguna juga mempunyai hak dalam melakukan perbandingan harga makanan di bazar-bazar Ramadan berhampiran dan membelinya tanpa mengikut kepuasan diri.
“Pengguna bijak perlu boikot peniaga yang pamer harga gila-gila termasuk menjual hidangan yang ala kadar atau sekadar mahu ambil kesempatan dalam situasi ketika ini.
“Peniaga hari ini menjadikan alasan barangan keperluan naik, memaksa mereka menetapkan harga makanan yang lebih tinggi. Sedangkan juadah yang sama boleh didapati di gerai lain pada harga yang lebih rendah.
“Hentilah menggunakan alasan sebegitu. Tidak perlulah mengaut keuntungan dengan menjadikan pengguna sebagai mangsa kenaikan harga terlampau,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Dalam pada itu, ujar beliau, CAP menyarankan agar pengguna menyediakan juadah berbuka yang mengandungi zat dan vitamin di rumah dan tidak perlu membazirkan wang semata-mata membeli juadah berharga mahal.
“Kurangkan juga pembelian ayam dan daging dan mungkin boleh dinikmati hanya seminggu sekali. Ini kerana, dengan mengurangkan permintaan terhadap pembelian bekalan keperluan utama itu dijangka dapat menurunkan harga runcitnya di pasaran,” ujarnya.
Di Alor Setar, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) Kedah, Baharudin Mohamed Ali mendakwa, sistem pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kurang cekap menjadi punca kebanjiran peniaga celup atau bermusim di negeri ini.
Ujarnya, PBT tidak melakukan kaji selidik yang sewajarnya sebelum meluluskan permohonan peniaga bazar Ramadan.
Katanya, hal tersebut menyebabkan terdapat segelintir peniaga bazar yang dipilih tidak mempunyai pengalaman dalam pengendalian makanan.
“Sepatutnya PBT buat kaji selidik terlebih dahulu terhadap semua peniaga yang akan berniaga di bazar sama ada mereka sudah mempunyai pengalaman berniaga atau mempunyai restoran mereka sendiri sebelum ini.
“Ini bagi membolehkan peniaga yang dipilih terdiri daripada pengendali makanan yang mahir dan berpengalaman,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima tiga aduan mengenai makanan yang rosak dan basi yang dijual di bazar Ramadan.
Katanya, jenis makanan tersebut ialah laksa dan juga lauk pauk yang dijual di bazar Ramadan di sekitar daerah Kota Setar.
https://www.kosmo.com.my/2022/04/16/tak-sedap-tak-payah-beli/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk perlu ditukar: "tak sedap, tak payah beli buat kali ke-2." |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 16-4-2022 10:53 AM
baik kau suruh makan pasir je camtu.. sume barang turun.. Bodo lahai..
“Kurangkan juga pembelian ayam dan daging dan mungkin boleh dinikmati hanya seminggu sekali. Ini kerana, dengan mengurangkan permintaan terhadap pembelian bekalan keperluan utama itu dijangka dapat menurunkan harga runcitnya di pasaran,” ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Beli juadah kat Aeon je, lagi murah. Banyak bende simple boleh buat sendiri. Contoh sebelum gi keja siap2 bancuh buh dlm.fridge, balik terus masak. Atau siap2 masak utk. 2-3 hari kalau bende cam daging/ayam, simpan dlm.fridge, balik heat dgn.microwave/air fryer. Semua pemalas & bodo nak redah gak bazar romdan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mahal tak payah beli adalah juga lojiknya. Tapi kalau tak sedap tak perlu beli, manalah pembeli tau masakan tu tak sedap. Bukan boleh rasa.
Tahun ni banyak pula cite tak elok tentang peniaga2 bazar Ramadhan yg menjual makanan. Dahlah semuanya naik harga, yg tak patut naik pun harganya tetap naik juga. Lauk pauk dn kuih2 yg dibeli pun cepat basi dn tak tahan sampai ke sahur. Mujurlah tak beli banyak dn pastikan habis segera. Beli martabak S'pore, tapi S'porenya tak mari.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak beli..beli...tak nak beli duduk diam diam di rumah jangan komen -ve tak elok |
|
|
|
|
|
|
|
ayat tu kena ada sambungan
tak perlu beli utk 2nd time
harini 17 romdan, belum lagi beli belah ataupun mencemar duli ke param
ntah apa la yg best kat melawati tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya lebih baik pergi kedai masakan panas. Utk berbuka puasa. Tak basi lah lauk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|