CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 1

[Johor] x Emas 'Oro Italia 916' jadi pilihan

[Copy link]
Post time 16-4-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode

Batu Pahat: Jualan emas terutamanya emas 'Oro Italia 916' keluaran Habib Jewels Sdn Bhd (HABIB) yang menjadi trend atau pilihan utama kepada penggemar barangan kemas di Malaysia akan terus meningkat pada tahun ini berbanding dua tahun lalu.

Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran HABIB, Mohd Zaruddin Mahmud berkata emas jenis berkenaan menjadi pilihan utama kerana koleksi itu mempunyai kemasan yang halus, berkualiti serta reka bentuknya eksklusif dan terkini.

"Emas yang ditempa di negara Itali ini membuatkan barang kemas berkenaan begitu eksklusif berbanding emas 916 lain dan menjadi tarikan utama pelanggan, terutamanya di rangkaian kedai emas Habib di seluruh negara.

"Habib yakin selepas memasuki fasa peralihan endemik, ramai yang boleh bekerja sekaligus mempunyai pendapatan stabil dan dalam masa yang sama akan membeli emas sama ada untuk dipakai atau sebagai pelaburan di masa hadapan," katanya .

Beliau berkata demikian ketika perasmian pembukaan Bilik Pameran Habib Jewels ke-32 di Batu Pahat Mall, dekat sini yang turut dihadiri oleh Pengurus Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Sri Meer Habib.

Mohd Zaruddin berkata, selepas sektor perniagaan dibenar buka operasi sepenuhnya pada tahun ini termasuk kedai emas, Habib menyasarkan seramai 200 pelanggan akan mengunjungi setiap cawangan Habib di seluruh negara.

"Harga jualan emas kini semakin meningkat setiap hari dan saya harap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan kemas kerana ia pelaburan yang menguntungkan pada masa akan datang.

"Sebagai contoh kita dapat lihat harga pasaran emas dunia semalam (13 April) adalah AS$1,932 (RM8,183.65) untuk satu auns (oz) meningkat kepada AS$1,973 (RM8,357.32) hari ini dan ia akan terus menunjukkan peningkatan setiap hari," katanya.

Katanya, sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma, pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah istimewa raya jam tangan berjenama Ice Watch Ice Generation bernilai RM459 dan kotak barangan kemas edisi terhad Habib.

"Manakala, bagi pembukaan bilik pameran baharu Habib Jewels di Batu Pahat Mall, Habib turut mengadakan promosi menarik termasuk potongan harga sehingga RM25 segram bagi barang kemas emas 916/999.

"Potongan harga sehingga 70 peratus turut ditawarkan untuk barang kemas berlian dan batu permata dan jam tangan Les Georgettes edisi khas pada harga hanya RM199 dalam setiap pembelian," katanya.

Terdahulu, cawangan Habib Jewels di Batu Pahat adalah cawangan yang ke-32 dan juga cawangan ketiga di Johor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ia-916-jadi-pilihan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 07:01 PM | Show all posts
buat kt itali ka india ka...kalo p pajak gadai sama ja regenya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035382 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list