View: 461|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Curi air, bengkel baiki dan cat kenderaan diserbu
[Copy link]
|
|

KAKITANGAN Unit Penguatkuasaan Kecurian Air Sains memeriksa penyambungan saluran paip haram di premis yang disyaki mencuri air. FOTO Ihsan Sains.
Seremban: Dua premis di Seremban 2 di sini yang disyaki melakukan penyambungan air secara haram untuk kegunaan harian diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dalam operasi pagi kelmarin.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai di ketuai Pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Mohd Shariff Abdul Rahman dan kakitangan Unit Penguatkuasaan Kecurian Air Sains.
"Serbuan bermula jam 10 pagi ke atas kedua-dua premis yang juga bengkel membaiki kenderaan dan mengecat kenderaan.
"Siasatan tapak mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip getah tanpa melalui sebarang meter untuk kegunaan penghuni premis berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, pegawai penguat kuasa Sains turut menjalankan ujian klorin di lokasi terbabit dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains.
Menurutnya, pihak SPAN sudah menyita semua pepasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh Negeri Sembilan sama ada membabitkan pengguna komersial dan domestik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-kenderaan-diserbu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|