View: 3337|Reply: 1
|
Suami menuduh aku curang..
[Copy link]
|
|
Salam,
Sebelum tu aku nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua yag membaca thread ini..
Aku skrg ni ada masalah dlm perkahwinan, tak tahu nak cerita pada siapa..harap dapat bagi nasihat pada aku..
Aku baru berkahwin dengan suami aku selama 2 bulan selepas kami bertunang selama 3 bulan.
Masalahnya aku merasakan yang aku semakin tawar hati dengan suami aku padahal bagi orang lain mungkin tempoh ini masih dalam mood berbulan madu lagi. Perasaan aku semakin tawar padanya selepas suami aku terlalu kuat cemburu dan sentiasa menuduh aku mempunyai perhubungan dengan lelaki lain secara senyap-senyap samada sebelum atau selepas kami berkahwin.
Sejarah dia mula menuduh aku bermula begini...semasa aku bercinta dengannya, dia pernah curang dengan seorang perempuan. Berat jugala baginya untuk membuat keputusan memilih satu antara dua. Bila dia dapat tahu aku tahu kecurangannya itu, dia merasakan aku akan membalas dendam padanya dengan berhubungan dengan lelaki lain. Sekarang dia terlalu mengawal hidup aku sampaikan hanset aku pun dipegangnya dan segala mesej dan panggilan akan ditapis terlebih dahulu. Sampai satu tahap aku hilang sabar dan asyik bergaduh dengannya bila dia asyik menuduh aku. Perasaan aku padanya semakin hari semakin tawar padanya dan aku merasakan aku lebih suka jika hidup berjauhan daripadanya.
Pelbagai cara telah aku lakukan supaya dia berhenti menuduh aku termasukla bersumpah sebagainya tapi dia tetap berulang kali menuduh aku sampaikan rasa hormat aku padanya semakin pudar.
Tolong bagi pandangan untuk aku selesaikan kemelut ini...Thanks. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|