CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 1

[Tempatan] Pengeluaran RM10K. KWSP terima lebih 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion

[Copy link]
Post time 17-4-2022 12:33 AM | Show all posts |Read mode
KWSP terima 5.3 juta permohonan pengeluaran khas bernilai RM40.1 bilion setakat 14 April
Bernama -
17 April 2022

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion di bawah kemudahan Pengeluaran Khas setakat 8 malam, 14 April, 2022.

Permohonan itu dibuka kepada ahli pada 1 April, 2022.

KWSP berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dengan pembayaran pertama bermula pada 20 April, 2022.

“Jumlah permohonan yang diterima merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan ini.

“Dipecahkan mengikut pengkelasan gaji, ia mewakili 55 peratus ahli B40 yang layak (yang berpendapatan kurang daripada RM1,700), 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900) dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4, 900),” katanya sambil menambah sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga telah memohon.

KWSP berkata, mengikut kaum, Bumiputera Melayu merangkumi jumlah pemohon tertinggi sebanyak 63 peratus, diikuti Cina pada 12 peratus dan India pada 7 peratus manakala jumlah 17 peratus selebihnya terdiri daripada kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan bukan warganegara.

“Berdasarkan maklum balas daripada ahli yang memohon kemudahan ini, tiga sebab utama permohonan termasuklah mengalami pengurangan pendapatan (24 peratus), membantu pasangan atau ahli keluarga yang terjejas kewangan (23 peratus) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).

“Manakala tujuan pengeluaran adalah untuk menampung perbelanjaan keperluan asas harian/ bulanan (40 peratus), membayar tunggakan hutang (26 peratus), menambah simpanan/ dana kecemasan (8 peratus) dan membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan (7 peratus), dengan 19 peratus selebihnya adalah untuk tujuan lain seperti membayar pendidikan anak-anak, perbelanjaan lain, dan pelaburan,” katanya.

Dana pencen itu berkata ia telah mengambil setiap aspek keselamatan bagi mengelakkan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab atau scammer (penipu dalam talian) daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan ahli.

“KWSP ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan Pengeluaran Khas mereka di platform media sosial, dan berhati-hati apabila mengeluarkan wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dan aktiviti scam (penipuan dalam talian).

“KWSP juga mengingatkan ahli untuk mempertimbangkan ketersediaan pendapatan jangka panjang mereka dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu, dan membelanjakan wang mereka dengan bijak serta untuk tujuan yang sesuai,” katanya.

Kemudahan Pengeluaran Khas itu akan ditutup pada 30 April, 2022. – BERNAMA

sumber: malaysiagazette.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 03:25 PM | Show all posts
“Dipecahkan mengikut pengkelasan gaji, ia mewakili 55 peratus ahli B40 yang layak (yang berpendapatan kurang daripada RM1,700), 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900) dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4, 900),” katanya sambil menambah sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga telah memohon.



lain pulak pengkelasan gaji epf ek? RM1,701 dah M40 kauuuu..... merasa juga lah aku jadi M40 ahahahahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.047658 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list