1,072 kes Macau Scam libatkan kerugian RM30 juta
MUKHRIZ MAT HUSIN | | 16 April 2022
SHAH ALAM - Sebanyak 1,072 kes penipuan ‘Macau Scam’ melibatkan modus operandi menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak Januari hingga April tahun ini telah dibuka kertas siasatan.
Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police melalui perkongsian di Facebook rasminya mendedahkan jumlah kerugian akibat kes berkenaan adalah sebanyak RM30 juta.
Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya segera memutuskan panggilan sekiranya dihubungi oleh mesin operator yang memaklumkan tentang tunggakan cukai LHDN.
“Jika anda dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali dan diberitahu ada tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama anda, jangan percaya!
“Tindakan anda: Semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tentang maklumat syarikat tersebut. Putuskan panggilan,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Sabtu.
Selain itu, menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sebaliknya putuskan panggilan sekiranya diarahkan untuk pergi ke balai polis tertentu untuk membuat laporan polis.
“Jika anda diarahkan memberi butiran bank bagi tujuan siasatan, jangan beri! Tindakan anda: putuskan panggilan dan jangan layan.
“Pihak berkuasa tidak akan meminta butiran akaun bank untuk siasatan. Hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 / 1599 untuk pertanyaan lanjut,” ujarnya.
aku dapat call dari 'LHDN' ni aku ajak sembang sampai ganggu dia punya lunch. Bila dia mengadu nak kuar lunch aku sekolahkan dia tentang etika customer service
Last2 aku bagi dia kuiz pasal LHDN soalan simple2 pun dah tercirit
Post time 17-4-2022 10:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Decaffeinated replied at 17-4-2022 07:07 AM
aku dapat call dari 'LHDN' ni aku ajak sembang sampai ganggu dia punya lunch. Bila dia mengadu nak k ...
Aku aritu ajak sembang buat2 terkejut pastu tanya lhdn ni kat mana sebab dia suruh datang ‘ibu pejabat’.. jarang org malaysia ckp ibu pejabat sbb dgr accent cam indo.. aku main2 lg tny nak pegi sama mcm mana, naik apa.. bila aku tny saya nk carik encik ni nnti mcm mana apa nama dia terus dia letak..
Post time 17-4-2022 04:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
0184241237..nie lah operator mesin yg call kata dia dari LHDN.suara perempuan.. mereka nie banyak no. Hati2 lah. True caller pun Tak ada amaran merah untk no. Ni..selalu tukar no kot.
scammer menyamar jadi KKM plak skrg ni.
bengang plak rasa.
rekod amek ubat batuk sampai berbelas kali katanya.
nak hubungkan pada siasatan polis nak bantu bagai.
ni nanti2 scam menyamar jadi lawyer.
sebab kutuk2 bainun kat forum cari.
dulu pernah scammer sentap dgn aku.. dia suruh aku pegi ke balai bukit aman utk jumpa sarjan sape tah.. pastu aku jwb kalau balai bomba boleh x? balai juga kan.. terus dia marah, ckp jgn main2 dgn saya ye, pastu letak tepon
Post time 18-4-2022 01:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
baru2 ni ada org call tp bkn nk ckp dgn aku tp dia tnya nama abang aku.. bila aku tnya siapa ni terus letak. Dua kali juga dia call tp perempuan yg lain2. Hari ni dpt mesej tp atas nama abg aku pasal pembekuan kwsp.. hah kisah plak aku Bila tnya ang aku dia pun buat derk je Dia kata tak penah plak kasi nombor aku kat org