CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3877|Reply: 59

Bangun Tidur Cari Tak Jumpa, Ibu Trauma Bayi 2 Bulan Maut Jatuh Di Celahan Katil

[Copy link]
Post time 18-4-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu berdepan detik cemas apabila terkejut bayi lelakinya tiada di sisi ketika dicari. Difahamkan bayi lelaki itu ditemui di celah katil akibat terjatuh dan sudah tidak bernyawa. Kejadian yang berlaku kira-kira 11 hari lalu ini dikongsi sendiri oleh si ibu di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).


Menerusi perkongsian oleh Thira Mishu, dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan pasukan forensik dan wajah anaknya berusia dua bulan itu.


Jelasnya, dia baru sahaja bangun dari tidur mula mencari anaknya bernama Mohd Adrayyan Zayn Amsyar di dalam rumah. Walau bagaimanapun tidak ditemui kerana tidak menyangka mangsa sudah terjatuh di celah katil berkenaan.




Foto: FB




Tujuan perkongsian ini untuk mendapat semula kekuatan untuk meneruskan hidup kerana dia mengalami trauma yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya mahu berpindah rumah baharu.


"Hi, siapa dekat sini ada pengalaman anak meninggal umur 2 bulan jatuh celah katil bukan tepi katil tapi celah katil kelamin. Trauma bilik tu pun takut nk masuk apa lagi tidur atas katil tu.


Macam mana nak hadap. Sekarang saya sampai nak pindah rumah. Punca trauma terbayang-bayang jumpa baby celah katil tu. Ya Allah. Saya tak kuat. Kadang rasa nak gila bila jumpa arwah dah tak bernyawa. Anak dah 11 hari meninggal. Sampai sekarang takut nk masuk bilik tu sorang-sorang. hmm."




Foto: FB




Ramai yang tanya celah katil tu macam mana. Saya sertakan gambar di bawah. Sampai sekarng sejak arwah meninggal saya seram takut trauma nak msuk bilik ni sorang-sorang. Asyik terbayang jumpa baby celah tu dengan tak bernyawa. Saya baru je duduk rumah ni sebulan.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan takziah atas pemergian anak tercinta. Diharapkan mereka sekeluarga sabar dan kuat dengan dugaan menimpa. -CARI


Sumber: Sirap Limau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih seram drp sedih ke?  Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 18-4-2022 02:47 AM
Lebih seram drp sedih ke?  Innalillah..

Aiol pun fikir camni juga bila baca artikel tadi. Tapi anggap ja la wanita ini mungkin kurang kosa kata untuk mengekspresikan perasaan sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:54 AM | Show all posts
pjg betul nama arwah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Celah katil tu camana? Celah devan tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 10:58 AM | Show all posts
2 bulan dah boleh berguling ka baby tu... mak dia tidur sampai mcm mana laa haa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 10:59 AM | Show all posts
dua bulan bole bergolek da ke?
anak aku yg sulong masa umur 6 bln lebih pernah jugak sangkut kt tepi katil..mujur aku terjaga,dan mujur juga dia terselit tu paras pinggang ke bawah je..sejak kejadian tu trus aku blikn dia baby cot...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:00 AM | Show all posts
Inallilahiwainnalillahirojiun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish.. tak bleh bayang. Cmna ek celah katil?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tinggi sgt pun kan..
sbg seorg yg letak katil rapat ke dinding dan banyak kali phone jatuh..
Biasa dia jatuh terkepit between tilam n dinding..
Kalau gerakkan katil tu baru jatuh ke bawah..
Ke baby mati lemas..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
aku anak aku jatuh katil masa umur 6 bulan mcm tu, terus aku tido atas tilam je lepas tu, pindah rumah baru tak beli pun katil, ingt dia besar silit baru nak beli katil semula, trauma sungguh huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:11 AM | Show all posts
alang2 dah seram apa kata dakwa sahaja for manslaughter.

budak dua bulan tak boleh merangkak sendiri kalau ko tak tolak. tidur macam beruang ka?

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:22 AM | Show all posts
orang beranak kau pun nak beranak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mumgkin jenis tilam yang ringan kot? Atau katil tak tolak sangat kat tepi sebab nak bagi ruang soket
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
jenis mak tido mati ke ni? takkan baby tak menangis lepas jatuh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
i seram nak letak baby tido sekali atas katil. bapaknya buas kan main kot terpenyek baby. nak letak tepi kot la baby tergolek, wpun secara logik baby secoet tu xkan bergolek lg. dua kali beranak mmg baby iols balik dari hospital dok dlm cot. anak meraung nak susu bapaknya sila bangun angkat boh tepi ibu ni ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 12:04 PM | Show all posts
lebih kurang mcm yang terjadi pada anak no.3 mase die umur 2 bulan.. bgn tido cari baby xde, cuak trus selak duvet semua dan baby sedap tido hujung katil tertutup ngan duvet... x jatuh sbb bergulung ngan duvet... nasib baby x lemas... perasaan masa tu cuak x terkata, sbb ingt baby jatuh katil..


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:09 PM | Show all posts
rasanya baby dia tersepit celah katil. Antara tilam n dinding.. so takleh bernafas. Tu pasal tak menangis. Sebab tu baby lebih elok tido asing. dok kat baby cot.

Aku awal2 dulu anak sulung.. sharing katil gak kadang.. tapi takleh jadi.. laki aku tarik comforter ke leher sebab sejukkk.. selamba tak pikir anak kena hempap conforter sekali. Pastu tak tido sharing dah. Asing letak baby cot siap2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asfaz at 18-4-2022 12:24 PM

Jap...kau bangun tido tgk anak takde ,kau cari dlm rumah,anak baru 2 bulan. Apasal kau tak tgk kat celah katil tu. Bukan anak kau boleh turun katil sendiri merayap
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 12:20 PM | Show all posts
hmmm..salam takziah buat ibu baby ni..iollss masa dalam pantang kemain susun bantal keliling baby walaupun baby da bedung masa dalam pantang..anak 1st n somi iollss soh tido kat tilam kekabu sbab xnak share katil takut dorang tido lasak..tapi anak 2nd iollss ni lasak kemain..umo 5 bulan da xnak bedung da cam ulat gonggok bila dibedung..sabar je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.240605 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list