CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 1

[Tempatan] Tengku Zafrul mendengar suara anda....

 Close [Copy link]
Post time 18-4-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 18-4-2022 11:15 AM



PENGELUARAN Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) yang dibuka permohonan pada pada 1 April lalu bakal dikreditkan kepada pencarum yang memohon lebih awal.

Perkara tersebut disahkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan di laman sosial rasminya

Berikut butiran lanjut mengenainya;

1. Pengeluaran Khas KWSP yang dijadualkan 20 April 2022 akan diawalkan 18 April 2022.

2.“Ramai yang mesej dan komen dalam media sosial saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”


3.Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

4. Beliau berharap pengeluaran khas berkenaan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri.

5.KWSP menerusi laman Twitter rasmi mengumumkan bayaran Pengeluaran Khas akan dikreditkan secara berperingkat bermula 18 April dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

6. Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa menerusi portal Pengeluaran Khas : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Terdahulu KWSP memaklumkan bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat secara berperingkat bermula 20 April 2022 dalam tempoh satu hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Manakala bagi bayaran secara Arahan Bayaran, pemohon akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Sumber SinarHarian



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.046771 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list