CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 487|Reply: 6

[Tempatan] Ismail Sabri calon PM: Umno kini tenang untuk PRU - Mat Hasan

[Copy link]
Post time 18-4-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 18-4-2022 05:07 PM

musuh Umno yg jadi tak tenang....



Ismail Sabri calon PM: Umno kini tenang untuk PRU - Mat Hasan

Diterbitkan:  Apr 18, 2022 3:30 PM
Dikemaskini: 3:30 PM
Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'.
“Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega.
“Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa ‘poster boy’, jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana menteri sekarang adalah calon terbaik...UMNO kini bersatu, tenang dan bersiap sedia hadapi pilihan raya,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14 di Seremban hari ini.
Mohamad yang juga ADUN Rantau itu berkata tindakan menamakan Ismail Sabri itu juga, menunjukkan kestabilan UMNO dengan tiada lagi masalah dalaman yang timbul, sekali gus parti itu boleh menyusun strategi menghadapi PRU15 nanti.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO itu turut mengulangi pendiriannya bahawa, tempoh sekarang hingga Jun ini merupakan ‘masa terbaik’ sekiranya diadakan PRU15 berdasarkan 'faktor semangat’ dalam kalangan jentera pilihan raya, selepas kemenangan dalam PRN Melaka dan Johor.
“Mood ‘feeling good’ itu masih ada, ketika ini juga kita lihat parti pembangkang dalam keadaan bercempera (pecah-belah), jadi sebagai perancang kepada parti, ini waktu terbaik diadakan PRU15.
“Kita ikut ‘window’ fasa berfasa, masanya dari sekarang hingga Jun, kalau lebih (dari tempoh itu) kita tengok ‘window’ lain sebab dinamik politik berubah-ubah, kita tak boleh kata keadaan ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau tahun hadapan...perlu kaji dengan teliti,” katanya.
Mengulas mengenai persiapan PRU15, Mohamad berkata beliau akan ke setiap negeri selepas Ramadan, bagi memantau dan meneliti kerusi mana yang perlu difokuskan dan berpotensi untuk peroleh kemenangan.
“Ada kawasan yang kita nak kekalkan, ada kawasan yang kita nak dapatkan dan ada kawasan yang kita nak kurangkan kekalahan, itu strategi saya...kita perlu berpijak di atas realiti, bukan semua kita mahu bertanding,” jelasnya.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh akak byg kan Mesia jadi cam Ukraine jika kena serang piyem pun cam x larat angkat mata …how sis?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 05:41 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 18-4-2022 05:06 PM
Tak boleh akak byg kan Mesia jadi cam Ukraine jika kena serang piyem pun cam x larat angkat mata …h ...

singapore ketawa mengekek mengekek tgok piyem bru umur 62 tapi lembab mengalahkan atok umur 96 yg keluar masuk ijn.. silap2 singapore yg tawan malaysia nnt mampoooo habislahhhh PAP DAP PAP DAP semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 05:51 PM | Show all posts
yer lah tu..............Et Tu Brutus..............
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat calon, suma org blh ckp...kot menang nti u turn la depa.....kena ikut seniority la, sapa paljng setia la bla2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Zelensky tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2022 10:51 PM | Show all posts
Tok Mat you ni dah kenape? apesal tak nak PM ? iskk okaylah , u jadi Menteri ekonomi lah , pi feds...
aiyooo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.208953 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list