CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2525|Reply: 34

[Jenayah] Mufti: Peguam membela orang bersalah lebih 'berat' dosa berbanding seorang pelacur

[Copy link]
Post time 19-4-2022 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 19-4-2022 05:13 PM

KUALA LUMPUR – Berdosa jika seorang peguam membela pihak diketahui bersalah dan wang pembayaran yang diterimanya adalah merupakan rezeki yang haram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.

“Kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.

Beliau menjawab pertanyaan oleh beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.

Mohd. Asri berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengharamkan membela yang salah ataupun yang dosa.

Tegasnya, kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.

“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa,” katanya.

Justeru menurut Mohd. Asri, seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela.

Tambahnya, peguam perlu diingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang.

Kezaliman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim.

“Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.

“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.

https://malaysiagazette.com/2022/04/19/berdosa-peguam-bela-pihak-yang-salah-wang-diterima-haram-mufti-perlis/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin pendapat 'undang2 konvensional' berbeza...cuma canna nk 'citer' bab org islam yg terlibat dgn undang2 konvensional ni..drp perspektif Islam???
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dia ulang jawab
Saya buat sukarela selepas meneliti dokumen kes
Saya dah dengar cerita dedua pihak
Tiada bayaran diterima so halal hahahahaha
Jangan lupa dia libas sambil joget
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes bella jer berani bunyik..masa kes wak jahid,jibi...ada pak mopti sound macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa maza start berani bunyi start drp apaknya sakit....seblm ni mcm lunak lg...so hopefully klu ada kesalahan pihak pemerintah mahupun politikus lain..maza jgn diam diri ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
peguam bela ni mesti ada sifat husnuzon yg tinggi. kalau iols ni mmg x boleh la jd peguam bela..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam akaun artis youtuber mmg
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jer lawyer hidup kucar kacir. Nampak mcm ok tapi kecohrable life family. Mcm kena sumpah dengan orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 02:54 PM | Show all posts
Edited by stingeramdhan at 19-4-2022 03:01 PM

Pictures that paint thousand words...lawyers of varying magnitudes
[youtube]dz_jNHNywwo[/youtube]

[youtube]mjIGrfkcD8c[/youtube]

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:03 PM | Show all posts
I'm sure dia faham apa fungsi peguambela.

The problem is when people fight, they fight to win.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:12 PM | Show all posts
kan dia ulas jawapan bbrapa peguam yg tanya dia,

kalu ko hadap jawapan isu zahid ke apa, pi la tanya maza
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-4-2022 03:03 PM
I'm sure dia faham apa fungsi peguambela.

The problem is when people fight, they fight to win.

Dia nak beri gambaran si penjenayah sila ngaku salah saja....jgn engage serta palitkheun peguam utk membelanya at the expense of tanggung dosa seorang pelacur....

Iteww maksud tersurat dan tersiratnya kot?

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam najibun tersunyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ditanya pasal bella, takkan nak jawab pasal jahid. Korang ni pung...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada peguambela share evidence sembunyi2 dgn pendakwaraya sbb xnak anak guam dia mng. Maybe sbb rse brsalah ke apa xtau. Satu lgi yg zalim ni, saksi palsu/yg bgi keterangan palsu. tup2 pnjenayah trlepas. Or yg xbersalah dhkum. N hakim yg ambik rasuah. Mak kwan iol kerani stu mhkamah ni, dia kata byk je cubaan duit bwah meja. N nasib baik dorang xtrima. Huhu. Respek.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Drmu replied at 19-4-2022 05:25 PM
Ada peguambela share evidence sembunyi2 dgn pendakwaraya sbb xnak anak guam dia mng. Maybe sbb rse b ...

The case boleh dibakulsampahkhen jika benar perkara seperti ini berlaku dan boleh dapat dibuktikheun..sharing informations to give advantage to the other party....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
anak aku taknak ambik course undang2 sbb kata kata macam ni.

susahla weiii kalo org islam semua takmo jadik lawyer. amende la.mufti pun...pikirla masa depan career lawyer lawyer islam semalaysia dgn ulasan camni. mendela.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 05:36 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-4-2022 01:37 AM

Mopt pun dah bangang?

Macamana tau bersalah jika ianya tidak di adili dahulu?
Maaflah saya baca tajuk sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
stingeramdhan replied at 19-4-2022 05:29 PM
The case boleh dibakulsampahkhen jika benar perkara seperti ini berlaku dan boleh dapat dibuktikhe ...

Yup.
Harslah ada pkatan konspirasi dblakang
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 19-4-2022 01:24 PM
Kes bella jer berani bunyik..masa kes wak jahid,jibi...ada pak mopti sound macam ni?

Pak mopti bersuara apabila beliau diajukan soalan
Bukan saje2 nak bg komen
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056611 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list