CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Tempatan] Kerja sebagai pengarah syarikat pun percaya dgn Macau Scam. Rugi RM174,939

[Copy link]
Post time 19-4-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah syarikat rugi RM174,939 angkara Macau Scam
    Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB
    19 April 2022, 3:02 pm

KUANTAN: Seorang pengarah sebuah syarikat di sini, terpedaya dengan panggilan palsu Macau Scam hingga kerugian RM174,939, tahun lalu.

Mangsa yang berusia 61 tahun itu kononnya dihubungi oleh sebuah syarikat perjudian di Macau dan Hong Kong.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Deputi Superintenden Yap Huat Tian berkata, panggilan itu untuk menyampaikan maklumat kepada mangsa berkaitan cabutan bertuah dimenanginya.

Menurutnya, suspek menyatakan, mangsa bertuah dengan memperoleh sebanyak HK$4,482,400 atau bersamaan dengan RM2.385 juta.

“Sekitar hari kejadian pada tahun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai pegawai bank forex dari Hong Kong. Mangsa disuruh menjelaskan cukai kastam dan segala perbelanjaan peguam sebagai proses untuk memperoleh wang cabutan bertuah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Huat Tian berkata, tindakan susulan dilakukan oleh mangsa berikutan mempercayai perkara tersebut dan segera mengikut arahan yang diberikan suspek.

“Mangsa diperdaya hingga membuat 10 kali transaksi bank berjumlah RM174,939 kepada lima akaun bank yang berlainan. Setelah membuat pindahan wang, suspek gagal untuk dihubungi, sehingga sekarang mangsa juga tidak menerima sebarang pembayaran seperti dijanjikan dan sebaliknya berkesudahan dengan panggilan disekat,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang menyedari ditipu telah datang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan.

“Kes tersebut disiasat di bawah 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Polis turut menasihatkan orang ramai jangan percaya dengan panggilan atau pujuk rayu scammer yang menawar apa-apa peraduan di talian,” katanya. – UTUSAN

sumber: utusan.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.042426 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list