CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 1

Juadah Berbuka Dipenuhi Air Hujan Bumbung Diterbangkan Angin Kencang

[Copy link]
Post time 20-4-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode
‘Habis semua juadah berbuka puasa kami anak beranak dipenuhi air yang tiba-tiba menitis dari siling ruang tamu’.


Demikian luahan seorang ibu tunggal, Nora Nordin, 46, sebelum dia menyedari bumbung di bilik atas kediaman dua tingkat itu diterbangkan angin kencang di Kampung Sungai Batu Laut, Teluk Kumbar di sini kira-kira pukul 7.30 malam semalam.




Nora (kanan) sambil mendukung cucunya menunjukkan keadaan bumbung bilik yang diterbangkan angin kencang kepada Mohd. Sobri di kediamannya di Kampung Sungai Batu Laut, Teluk Kumbar di Balik Pulau.




Cerita Nora, semasa kejadian dia bersama seorang anak lelaki berusia 14 tahun dan cucu perempuan berumur tiga tahun ketika itu sedang berbuka puasa di ruang tamu bahagian bawah rumah separa kayu tersebut.


“Semasa itu hujan sangat lebat dan kami tidak menyangka bunyi kuat seperti dipanah petir rupanya adalah bumbung rumah yang tercabut akibat diterbang angin kuat.


“Kami sebelum itu terkejut apabila melihat air tiba-tiba terjatuh dari siling di ruang tamu lalu masuk ke dalam pinggan nasi kami. Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak tinggal di rumah milik bapa,” katanya ketika ditemui Kosmo!


Turut hadir ialah Setiausaha Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Batu Laut, Mohd Sobri Hamid.


Sementara itu, kejadian ribut di daerah ini turut menyebabkan dua buah kediaman di Jalan Sepakat dan Kampung Masjid turut ditimpa pokok. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 10:45 AM | Show all posts
lau amik gambar xtunjuk mana punca
x sah
dah macam mastika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.350167 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list