CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1994|Reply: 29

[Tempatan] Terlalu ramai etnik Rohingya jadi tahanan, UNCHR diminta mencari jalan penyelesaian

[Copy link]
Post time 21-4-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 21-4-2022 12:50 PM

ALOR SETAR: Persatuan Rohingya Malaysia Kedah mengesyaki tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri secara beramai-ramai dari Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu hari ini didalangi individu yang lama berada di depot tersebut.

Pengerusinya, Yusof Ali berkata, mustahil tindakan tersebut didalangi oleh mereka yang baru ditempatkan di depot itu memandangkan mereka masih belum arif mengenai lokasi berkenaan.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat dalam kalangan individu etnik Rohingya tersebut berniat untuk melarikan diri tanpa melalui proses perundangan.

“Tidak dinafikan, dalam ramai-ramai tahanan itu mungkin ada sekelompok individu yang membuat perancangan untuk melarikan diri. Mungkin mereka ini mahu melarikan diri dari kes mahkamah atau tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap mereka.
Golongan ini perlu dicari dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana tindakan mereka ini turut ‘memerangkap’ golongan wanita serta kanak-kanak untuk melarikan diri hingga ada antara mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selain itu katanya, kejadian tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) serta pihak berkaitan bagi mencari jalan agar tidak terlalu ramai golongan etnik Rohingya menjadi tahanan pihak berkuasa.

Menurutnya, ketika ini dia menerima aduan menyatakan, mereka yang pernah memiliki kad UNHCR sebelum ini pun, hanya diberikan surat sementara apabila memperbaharui kad yang sudah tamat tempoh.

“Berbanding kad yang mudah dipastikan keasliannya, surat sementara itu terlalu mudah dipalsukan hingga menyebabkan pihak penguatkuasa sering terkeliru dan terpaksa ‘mengangkut’ kesemua individu yang berada dalam satu-satu kawasan sewaktu melakukan operasi. Tindakan itu sudah tentu mengakibatkan lebih ramai etnik Rohingya yang ditahan sekali gus menyebabkan depot tahanan menjadi sesak,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, pihak juga berpendapat tidak adil untuk menyalahkan kerajaan semata-mata dalam hal tersebut.

“Namun kami memohon agar kerajaan campur tangan dalam kejadian tersebut dan UNHCR diminta untuk mengadakan perbincangan bersama pihak kerajaan berhubung perkara tersebut,” katanya

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/tahanan-rohingya-lari-didalangi-individu-tertentu/















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
pendatang haram layak ke buat persatuan kat malaysia ni? alang alang buat la party politik
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa la pendatang ni menjahanamkan negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian yg takde kena mengena terlibat dlm accident ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tengokla pintu  tu dia pecah kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:11 AM | Show all posts
woi...apsal ader persatuan plak nie....ROS x buat keje ker???ehh bleh plak di interbiu.....ehhh siyal kah ini....dok biaq lama2 nnti adelah dpt gelaran datuk kt kwn nie....ehhh babik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2022 10:17 AM | Show all posts
Edited by Tumpang-Sibok at 21-4-2022 10:26 AM

Malaysia will never change lah....makin teruk! Perasan negara kaya.

Coordination and implementation ...always FAILED...lepas tu humban masaalah2 social kt rakyat/ taxpayers!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:23 AM | Show all posts
Melayu mudah lupa.....Eat your words ..

[youtube]JyYv9BlFN-M[/youtube]

Nilai Universal.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
penyelesaiannya mudah...balik jer la ke tempat asal korang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:31 AM | Show all posts
kos nak baiki kerosakan kereta2 tu sape yg nk tanggung?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahanat. Siap ada persatuan. Lepas ni masuk umno plk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:46 AM | Show all posts
angelofish replied at 21-4-2022 09:03 AM
pendatang haram layak ke buat persatuan kat malaysia ni? alang alang buat la party politik

boleh kot sis.. nama lg bolehland kan.. persatuan dh berani bersuara demi ahli sejagat sis.. rkyt malysia tengok jele
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:47 AM | Show all posts
mejaputih replied at 21-4-2022 10:31 AM
kos nak baiki kerosakan kereta2 tu sape yg nk tanggung?

yg ni cuba claim dengan persatuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 02:24 PM | Show all posts
..presiden persatuan bernama Yusof Ali tu sama dengan si Zafar Ahmad tu dah 30 ++ tahun dah kat Malaysia ni rasanya, dah selesa hidup tapi masih belum timbul niat dan tak reti-reti nak berambus keluar dari negara. Pasai pa? Pasai masih ada sokongan dan dia mesti ada imbuhan ringgit persekepala tu.  
Ada tengok dia agih bantuan makanan ke puak dia masa awal-awal pkp dulu dia bagitau ketika ditemubual. Isu buat persatuan dah diisytiharkan bahawa  kesemua persatuan depa tak diluluskan tapi tindakan selanjutnya tak tau la ada ke tak sebab si Yusof Ali masih lagi 'presiden' si Zafar tu dah terkubur dah..dia kalut sibuk dan macam nekad nak join Sajat kat Australia nun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:09 PM | Show all posts
Edited by saviour_09 at 21-4-2022 03:10 PM

- deleted -
iols lupa pose sampai tercarut dek geram sgt dgn baka ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi busuk negara ngan puak2 ni. Dgn mintak sedekah kat jalan2 dah cam negara apa ntah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kapal nelayan vietnam indo haram yang di rampas tu.elok la di bagi kat rohingya tu.sedia kan bekalan makanan 2-3 bulan.pastu hanyutkan balik ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
La tu je.. suro unchr bg kad?
Bukan hantar balik myanmar or bangla..
Xpun suro arrange hantar ke negara lain.. kita xsign 1951 Refugee Convention..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 07:14 PM | Show all posts
jadah apa sibuk nak lari ke negara orang sajork...gomen pon gigih amik bela untuk jangka panjang. Iols harap akan ada ummah berpengaruh yang tampil bersuara untuk hantar balik diorang semua ni ke negara asal. Bangla is far better than rohingya yach!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan sial ni apsal berlembut sgt
Kalo tahu mcm ni pengakhiran nye baik la malaysia ni xwujud dlm peta
Xpun cantum dgn indon je
Kurang2 indon tegas jugak la
Berani halau puak ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.087687 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list