CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2137|Reply: 21

[Tempatan] Hutan Simpan Kelantan diancam kepupusan.Gerakan #SaveKelantan kini trending

[Copy link]
Post time 21-4-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 22-4-2022 10:36 AM

Atas nama Ladang Hutan,tanah Hutan Simpan Kekal diancam kepupusan di Kelantan
By BORHAN AHMAD / April 21, 2022


Imej Satelit Kedudukan Hutan Simpan Kekal (HSK) Sg Durian, Kuala Krai yang terletak di sempadan Kelantan dan Terengganu pada tahun 1997 dan 2020. Gambar #SaveKelantan.



ATAS nama Ladang Hutan, Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kelantan kini terancam kepupusan apabila penerokaan hutan berjalan secara berleluasa.

Ini kerana, di atas nama untuk membuat ladang hutan, kerajaan negeri boleh membenarkan HSK diteroka di seluruh negara.

Di Kelantan, seorang aktivis ‘#Save Kelantan’ Hishamuddin Mohd Ghazali mendedahkan, HSK Sungai Durian, Kuala Krai kini telah hampir gondol.

Kayu yang besar dan kecil habis diambil atas nama untuk membersihkan hutan bagi dijadikan tapak ladang hutan.

“Cuba anda semua buat perbandingan saiz hutan semulajadi yang kini bertukar jadi Ladang Hutan Sawit, Getah, Durian milik tauke tauke hingga rapat ke sempadan negeri Terengganu.

“Di atas kertas mereka katakan ini sebagai Hutan Simpan Kekal, malah mengaku Kelantan negeri ke 3 paling banyak hutan.

“Mereka retah/bagi tanah negeri ni macam tanah negeri ini harta pusaka tok nenek mereka punya!” tulis Hishamudin yang lebih dikenali sebagai Syamghaz, aktivis #SaveKelantan, yang marah dengan apa yang berlaku di Kelantan sekarang.

Pada 21 Mac lalu, lidah rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, sehingga kini keluasan hutan simpan kekal Kelantan lebih 629,000 hektar bersamaan 42 peratus daripada keluasan negeri.

SaveKelantan yang dipimpin oleh bekas pemimpin Pas dan AMANAH, Datuk Husam Musa kini menjadi badan bukan kerajaan yang aktif bergerak menyedarkan masyarakat bagi membela kepentingan rakyat negeri itu.

Mereka menentang projek Ladang Hutan yang kini popular di Kelantan dan Pahang.

SEJARAH PROJEK LADANG HUTAN

Projek Pembangunan Ladang Hutan bermula pada tahun 2005 selepas Kabinet di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi meluluskan cadangan itu. Ia terletak di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Turut terlibat adalah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Pada awalnya RM1 bilion telah diperuntukkan untuk projek Ladang Hutan manakala selepas itu RM500 juta lagi diluluskan.

Kelantan antara negeri yang awal memperkenalkan konsep Ladang Hutan iaitu sejak 2003 lagi, sebelum Kabinet Kerajaan Persekutuan meluluskan projek ini pada tahun 2005.

Ketika itu Pengarah Hutan Kelantan adalah Zahari Ibrahim yang kini adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Malaysia.

Tujuan murninya adalah untuk menggantikan hutan yang telah diteroka dan diambil kayu balaknya dan mengurangkan tekanan ke atas Hutan Simpan Kekal atau HSK itu bagi mengimbangkan isu suply and demand kayu di negara ini.

Namun kebenaran tanah HSK diteroka untuk Ladang Hutan telah dijadikan alat untuk menarah HSK di seluruh Malaysia khasnya di Kelantan dan Pahang.


“Inilah punca masalahnya yang sebenar,” kata sumber kepada Malaysia Dateline.

Hasilnya peladang yang benar-benar ikhlas untuk membangunkan semula hutan atau membuat Ladang Hutan di atas tanah hutan yang kosong telah terpalit noda.

Menurut Macaranga.org, sebuah laman web yang memperjuangkan isu alam sekitar, hanya satu pertiga dari 40,506 hektar tanah yang telah diteroka untuk Ladang Hutan di Kelantan telah ditanam dengan pokok ladang hutan, selebihnya dibiarkan kosong selepas semua kayu kayannya ditarah.

Ia telah menjadikan tanah itu kosong dan tidak terkejut kalau harimau kini berkeliaran di dalam kampung di negeri itu selepas habitat mereka dimusnahkan.


Fenomena harimau masuk kampung menggemparkan penduduk di Kelantan namun kerajaan negeri menafikan ia berpunca dari habitatnya yang terancam.
Di Pahang keadaannya lebih teruk. Tidak sampai 20 peratus tanah hutan simpan yang dibersih licin, ditanam semula dengan pokok Ladang Hutan.

Selepas pendedahan Macaranga dan Malaysia Dateline sebelum ini, kerajaan negeri Pahang memaklumkan mereka telah menarik balik 33 kelulusan kawasan konsesi balak yang melibatkan tanah seluas 28,872 hektar selepas ia gagal ditanam semula dengan ladang hutan.

ISTILAH POKOK HUTAN

Walaupun ditanam dengan pokok hutan, istilah pokok hutan telah menyebabkan hutan sebenarnya sudah tidak ada lagi.

“Untuk bagi nampak istilah Hutan Simpan Kekal itu luas dan banyak, mereka masukkan pokok getah, sawit, durian dan spesis hutan yang bernilai komersil lain sebagai HUTAN.

“Sebab itu mereka letak nama Ladang Hutan, masih berada dalam zon Hutan Simpan Kekal, walaupun sudah jadi ladang komersil,” kata Syamghaz.

Paling malang, kata Syamghaz, apa yang berlaku adalah:

“Mula-mula, mereka luluskan lesen membalak dulu.

“Lepas habis kayu balak, mereka luluskan sebagai kawasan Ladang Hutang untuk tebang habis pokok pokok secara cuci kawah.

“Lepas licin ambik balak dan kayu, mereka jual pula tanah tu untuk buat Ladang Hutan dengan harga RM2,000 – RM4,000 se ekar dengan pajakan selama 66 tahun, boleh tambah lagi 33 tahun.

“Apabila pemilikan tanah Kelantan bukan lagi dibawah kuasa Negeri, tapi milik individu dan syarikat. Anda ingat mudah untuk ambik kembali?” kata Syamghaz.

Menurut beliau, dalam kes HSK Sg Durian, kawasan di sebelah Kelantan sudah hampir licin, rapat ke sempadan Terengganu.

“Sebab Itulah air Sg Pil, Sg Pertang dan sungai-sungai sekitar jadi keruh pekat hingga ke muara Sungai Kelantan. Sebab aktiviti penerokaan tanah berterusan hingga sekarang,” kata beliau.


Gambar satelit kedudukan Hutan Simpan Kekal Sungai Durian, Kuala Krai. Hutan yang masih berbaki di sebelah atas jajahan Kuala Krai adalah Hutan Simpan Kekal Ulu Sat, dalam Jajahan Machang. Terdapat Pembahagi sempadan jelas antara Kelantan dan Terengganu. Gambar #SaveKelantan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2022 01:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:33 PM | Show all posts
PAS kata takda pun......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dia kan nak ikut arab saudi.nak jadi kan kelantan tu gurun pasir...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
panjangkan sikit #SaveKelantanFromLobai
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:42 AM | Show all posts
nilah jasa lobai selama 32tahun perintah kelate,tarah hutan,bagi minum air karat kat rakyat.tapi ada hati nak persoal ph perintah 22 bulan..dapat 400juta duit royalti ph bagi pun buat perabis joli beli mecedes puak2 dia.puiiihhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 10:44 AM | Show all posts
hutan kat selangor johor dah lama pupus...ok jah aman2 je  bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 02:15 PM | Show all posts
selalu lalu area hutan kelantan, ada signboard "anok kelate saye hute"..

nate berok betul, plawokk !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 02:30 PM | Show all posts
harisbee replied at 22-4-2022 10:44 AM
hutan kat selangor johor dah lama pupus...ok jah aman2 je  bahagia

dah agak dah pasti petik negeri lain punya.....terutama SELANGOR
TP LU LUPA KA.... ??? terangnya hutam megeri selangor sebab nak menampung pendatang dari luar selangor terutama dari KELANTAN....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:13 PM | Show all posts
Semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 22-4-2022 02:15 PM
selalu lalu area hutan kelantan, ada signboard "anok kelate saye hute"..

nate berok betul, plawokk  ...

Anok dio saye hute, pok dio pun saye jugok, saye tengok dok ssajo takdok hasil gosatu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak, dikata lobai, lobai labai.. Penungang agama.. Duk pergunakan islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2022 11:42 AM | Show all posts
Husam dedah imej satelit Hutan Simpan Nenggiri sudah gondol
By NASUHA RAHMAN / April 25, 2022



Posting terbaru Dato Husam Musa pada 24 April 2022 mendedahkan sekeping gambar dari imej satelit bertarikh 30 March 2022 di Kompartmen 47 Hutan Simpan Nenggiri yang sudah gondol sebahagiannya.

Kompartmen 47 adalah sebahagian sahaja daripada 32 kompartmen balak yang telah ‘tersalah lulus’ seluas 15,000 ekar.

Sebelum ini, Husam memaklumkan Jawatankuasa Kecil Perhutanan Kelantan bil 1/2019 dan bil 2/2019 telah meluluskan kawasan hampir 15,000 ekar untuk pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri.

Surat 11 Jun 2020 dari pejabat Menteri Besar Kelantan kepada Pengarah Jabatan Hutan Kelantan memaklumkan bahawa HSK Nenggiri di Luar Kawasan Pembangunan Ladang Hutan (tidak boleh tebang habis dan balak), sepatutnya tebang tempat lain dan tindakan ini dikatakan tersalah urus.

Aktivis #Save Kelantan Hishamuddin Mohd Ghazali berkata sepatutnya apabila keluar surat dari Pejabat Menteri Besar kerja-kerja pembalakan hendaklah dihentikan terus.


Surat daripada Pejabat Menteri Besar mengarahkan Pengarah Jabatan Hutan Kelantan membekukan projek pembangunan di Hutan Simpan Nenggiri


Namun Hishamuddin mempersoalkan bagaimana siasatan mereka sedangkan melalui imej satelit bertarikh 30 Mac 2022 jelas kelihatan aktiviti kerja-kerja pengondolan hutan masih dan kenapa berlaku?

Soalnya lagi, imej terbabit jelas menunjukkan bukit-bukit yang telah ditereskan dan hutan yang telah dibersihkan dan terdapat aliran anak-anak sungai yang masih kelihatan kini terdedah dan telah terganggu.

“Kenapa Menteri Besar Kelantan dan Jabatan Perhutanan tidak menghentikan sepenuhnya kegiatan tersebut?


Hishamuddin Mohd Ghazali


“Adakah surat maklum ‘tersalah lulus’ sampai 15,000 ekar itu hanya untuk mengaburi rakyat awam, tetapi kerja kerja memusnahkan hutan terus berlaku?” soal beliau melalui Facebooknya.

Justeru beliau meminta rakyat Kelantan yang sayangkan Negeri menyoal balik Menteri Besar, Timbalan dan Exco-exco Kelantan kenapakah perkara ini terus berlaku.

Dalam pada itu, Husam melalui kenyataannya memetik sepotong ayat dari Surah Al Mulk, ayat 30 yang bermaksud; “Katakanlah: ‘Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu meresap ke dalam Bumi menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air melimpah yg mengalir bagimu (semula)?’

Menurut Husam yang turut berkongsi gambaran satelit hutan ayat tersebut menggerunkan bagi sesiapa yang mampu merenung.

“Merujuk kepada nostalgia lama manusia pada satu akan datang mengenai keadaaan masa yg telah berlalu. Teringat dulunya sumber air melimpah ruah sehingga alirannya ada di mana-mana dan dapat dilihat mata.

“Kerana itu, pada masa itu mereka mengambil mudah.

“Sekalipun hutan-hutan asli dimusnahkan dengan sangat luas, aliran air itu tetap akan ada, pada sangkaan mereka. Apa nak kisah.



Husam Musa

“Pada hal, Allah mentadbir alam ini antaranya dengan hukum sebab akibat yg jelas – memperingatkan tidak begitu. Sangkaan itu salah sama sekali.

“Pemusnahan oleh tangan-tangan kamu akan berakhir dengan meresapnya air itu ke dalam Bumi.

“Panas matahari selepas hilangnya hutan-hutan itu menjadikan Bumi separuh mati dan menelan air-air itu ke titik terdalam – غَوْرًا / ghauran.


“Pada masa itu, menangis tak berguna lagi. Ia tidak akan terjadi esok. Namun, ia tetap akan terjadi jika peringatan Allah ini tidak diendahkan.

“Antara dua masa dan dua keadaan ini, Ayat ini membawa kita merenung. Keadaan masa akan datang penuh kesusahan dan keadaan masa lalu penuh kenikmatan. Tetapi diabaikan Peringatan Allah,” tulis beliau.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu apa lagi kerajaan PIS Kelantan? Cepat saman En. Hishamuddin ini! Pitenah belaka ni pitenah!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 02:19 PM | Show all posts
BENTARA replied at 22-4-2022 02:30 PM
dah agak dah pasti petik negeri lain punya.....terutama SELANGOR
TP LU LUPA KA.... ??? terangnya h ...

ada paksaan ke tebang balak utk penempatan pendatang dr kelantan? utk pembangunan kan? buat rumah buat kawasan industri...utk memajukan ekonomi...adeh...x pass spm ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 10:56 AM | Show all posts
harisbee replied at 25-4-2022 02:19 PM
ada paksaan ke tebang balak utk penempatan pendatang dr kelantan? utk pembangunan kan? buat rumah  ...

takde paksaan ...no probblem....
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM....
jom tarah lagi hutan!!!bila lagi nak jadikan padang pasir!!!!
bila dah gondol...bleh salahkan pihak lain!!!
terbaik lah kerajaan kelantan!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 11:01 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 27-5-2022 11:11 AM
harisbee replied at 22-4-2022 10:44 AM
hutan kat selangor johor dah lama pupus...ok jah aman2 je  bahagia

hutan selangor gondol??ko tak penah naik genting ka atau pergi belah2 hulu langat or hulu selangor nun..elok ja hutan situ terpelihara.jauh la beza dgn bukit bukau kat kelantan yg dah takde rupa bukit tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:24 AM | Show all posts
tripleid replied at 22-4-2022 10:42 AM
nilah jasa lobai selama 32tahun perintah kelate,tarah hutan,bagi minum air karat kat rakyat.tapi ada ...

pak lebai fikir poket jer aja....
dah bertahun2 pun tak boleh fikir pasal air untuk rakyat...
bagus rakyat kelantan nih, redho aja minum air karat....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 12:53 PM | Show all posts
Kelantan maju... takde hutan dah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
betui ka smua kerja pak lobai?iols merasakan klate ni sama mcm negeri tok gajah...kayangannnnn...sbb tu la sampai skrg x berenti duk mnarah hutan....mcm mana nk suport hidup depa smua kalau bukan ambil hasil negeri..pandangan meols sja la...xdak bukti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.711193 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list