CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 456|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siasat segera pencemaran sampah di HSK di Sungai Merbok

[Copy link]
Post time 21-4-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN lokasi di Hutan Simpan Kekal Paya Bakau di Sungai Merbok yang dicemari sampah sarap sejak beberapa tahun lalu. FOTO Ihsan CAP

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Sungai Merbok, Sungai Petani di Kedah sebagai tempat pembuangan sampah.

Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, namun sehingga kini ia masih tidak ditangani oleh pihak berwajib dan akibatnya, masalah pencemaran sampah sarap berkenaan menjadi semakin serius.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kadir berkata, menerusi tinjauan pihaknya terdapat lebih 10 lokasi yang mempunyai longgokan sampah dan sebahagian besarnya adalah bahan buangan plastik serta kertas.

Menurutnya, bahan buangan itu ditemukan bersepah di hutan bakau sepanjang sungai berkenaan dan mendap di kawasan terbabit.

"CAP bimbang hutan simpan berkenaan akan terjejas teruk dan mungkin mengalami kemusnahan berikutan masalah pencemaran sisa buangan yang semakin kerap berlaku di kawasan itu sejak beberapa tahun kebelakangan.

"CAP percaya jika keadaan itu dibiarkan, ia bukan sahaja boleh menjejaskan pertumbuhan pokok bakau di kawasan berkenaan, malah akan merebak dan mencemarkan Sungai Merbok serta mengancam mata pencarian nelayan tempatan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Jabatan Perhutanan Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, selain menguatkuasakan undang-undang dengan tegas, CAP berharap pemantauan yang kerap dan berterusan perlu dilakukan oleh Jabatan Perhutanan, JPS dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya perbuatan membuang sampah di kawasan berkenaan dapat ditangani dengan berkesan.

"Ikan, udang, ketam dan lain-lain hidupan yang terdapat di dalam sungai ini akan terganggu pembiakannya dan diancam kepupusan jika tindakan segera bagi menangani masalah ini tidak diambil.

"Sehubungan itu, CAP menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya turut menyiasat perkara ini dan mendedahkan puncanya serta tindakan yang diambil ke atas pihak terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sk-di-sungai-merbok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.101962 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list