View: 355|Reply: 0
|
[Kedah]
Bekalan ayam, telur cukup
[Copy link]
|
|

RONALD ketika melawat kilang mengeluarkan produk terbiodegradasi daripada jerami padi. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Gurun: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan barangan keperluan harian mencukupi menjelang Aidilfitri.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, berdasarkan pemantauan, bekalan ayam dan telur juga tidak berkurangan serta berada dalam keadaan stabil
"Kita memantau ladang-ladang penternakan ayam dan telur... Kita diyakinkan oleh pengusaha ladang dan pengeluar bahawa bekalan mencukupi untuk musim perayaan nanti.
"Bagi MAFI kita lihat dari segi bekalan, manakala harga akan dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah HotPack Packaging Ind.LLC, UAE di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Media sebelum ini melaporkan bekalan telur di beberapa negeri berkurangan susulan permintaan yang tinggi oleh peniaga ketika Ramadan selain peningkatan harga ayam di seluruh negara.
Rata-rata peniaga ayam dilaporkan mendakwa mereka terpaksa menaikkan harga ayam berikutan mendapat harga yang tinggi daripada pembekal.
Mengulas lanjut, Ronald berkata, kos pengeluaran haiwan ternakan ketika ini meningkat berikutan harga komponen makanan ternakan yang diimport juga meningkat.
"MAFI berpandangan kos pengeluaran ternakan meningkat sejak dua bulan yang lalu.
"Kita mengimport jagung dan hampas kacang soya dari luar negara yang tertakluk kepada peningkatan (kos di luar negara) jadi tentu sekali kos pengeluaran (kita) juga meningkat dengan peningkatan kos import makanan ternakan ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-ayam-telur-cukup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|