CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1954|Reply: 24

Penoreh Getah Dipenjara 20 Tahun, 8 Sebatan Cabul Anak Perempuan Sendiri

[Copy link]
Post time 21-4-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penoreh getah dihukum penjara 20 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan mencabul anak perempuannya sekitar Julai tahun lalu dan awal bulan ini.


Tertuduh berusia 36 tahun dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.


Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu mencabul anaknya sejak mangsa berusia 13 tahun 11 bulan sehingga 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kuala Krai pada pukul 1.30 hingga 2.30 pagi pada awal Julai tahun lalu, serta pada 2 April, 7 April dan 8 April lalu.




Foto: Utusan




Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Aka Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama bersama Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Abu Arsalnaa memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat.


Tertuduh dalam rayuannya pula memohon hukuman bagi keempat-empat pertuduhan yang bakal dihadapinya berjalan secara serentak.


“Saya merayu jasa baik mahkamah untuk meringankan hukuman kerana saya mempunyai isteri dan enam orang anak yang kesemua mereka ini berada di bawah jagaan dan tanggungan saya,” katanya.


Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan bagi keempat-empat pertuduhan itu. – CARI


Sumber: Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 04:41 PM | Show all posts
kalau ikut logik lobai, anak dia x tutup aurat ataupun bapanya tak menundukkan pandangan terhadap anak dia... hmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 05:41 PM | Show all posts
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

peguam pun dah takut makan hasil melacur
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 05:43 PM | Show all posts
Kes sama terus berulang2 saban tahun bulan minggu macam tak ada kesudahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ms buat kesedapan, bila dijatuhkan hukuman dan2 ingat ada anak 6 org + bini. dasar pedo lehnat x sedo diri. keluar nati baru 56 sihat lg utk cari mangsa baru
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bobbitkan aje orang macam tak boleh ke? Jgn bagi membiak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa die mintk ringankn hukuman? Kalo ringan pn still kena masuk penjara..anak bini still kena sara diri time tu..xde function pn kau..keluar nnt kalo g blk kt family xpsl2 diorg yg kena tanggung ko yg biawak tu..baik ko mampus jelah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasai banyak kes incest di negeri serambi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-4-2022 05:41 PM
peguam pun dah takut makan hasil melacur

Loyer2 si Benon belon tu sume muke tembok..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:47 PM | Show all posts
Asal kes cmni, msti mlibatkn golongan bawahan, pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kau dikitai masa dlm penjara, syaitonnnn!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:00 PM | Show all posts
Takpelaaa dia kan ikut Sunnah Nabi..proses menambahkan insan dimuka bumi nie...
Hujung hujung nnt taubat la tu pakai kopiah...mampos masuk syurga
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat xde bini.. dah kena hukuman br igt anak bini? Syaiton… kesian budak tu nak membesar. Smoge adikberadik lain elok la perangai
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:10 AM | Show all posts
Binatang macam ni tak payah kurangkan hukuman.
Biar mampus je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer incess jer sskjp, sskjp jer citer incess
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 21-4-2022 10:47 PM
Asal kes cmni, msti mlibatkn golongan bawahan, pelik.

Golongan atasan duit banyak..x de hal mak hayam ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 11:57 AM | Show all posts
perlu ke nk blurkan muka OKT tu, dia bukan bawah umur pun
tunjuk ajelah muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:15 PM | Show all posts
takayama replied at 22-4-2022 03:57 AM
perlu ke nk blurkan muka OKT tu, dia bukan bawah umur pun
tunjuk ajelah muka dia

Protokol ni. Untuk lindungi identiti anak dia.

Anak dia mangsa + bawah umur.

Lainla kalau dia cabul mangsa yang tak de kaitan pertalian darah dengan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Siann bdk tuuu.. masa dpn dia kelam.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 10:18 PM | Show all posts
jalfa replied at 22-4-2022 11:46 AM
Golongan atasan duit banyak..x de hal mak hayam ramai

Simpan scandal je haha.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.163461 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list