CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2469|Reply: 20

[Tempatan] Ibu bapa kiciwa Murid asnaf terima barangan Aidilfitri hampir luput tarikh

[Copy link]
Post time 21-4-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-4-2022 05:40 PM

IBU bapa kepada pelajar sebuah sekolah rendah di Bangi kecewa apabila sumbangan Aidilfitri terdiri daripada makanan kering yang diberikan kepada murid-murid asnaf sekolah itu hampir tamat tarikh luput.

Seorang penjaga hanya mahu dikenali sebagai Fahmi berkata, beliau terkejut apabila ibu bapa murid asnaf dari kelas anaknya berkongsi gambar makanan kering yang akan tamat tarikh luput pada 29 April ini.

“Saya sedih melihat sumbangan yang diterima mereka. Sepatutnya pihak sekolah lebih peka barang apa yang perlu diberi. Bukan hanya terima sahaja barangan yang mereka dapat dan terus beri kepada murid.

“Sumbangan Aidilfitri tetapi bagi mi segera, mentega yang tak pernah kita tahu kewujudan jenamanya dan hampir kesemua barangan kering itu dari Indonesia.

“Bagilah kuih raya atau sumbangan wang tunai. Itu lebih sesuai kalau nak bagi untuk sumbangan raya,” katanya.


Menurut beliau, sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan derma dalam kalangan murid yang dimaklumkan oleh pengurusan sekolah bagi tujuan membantu murid-murid asnaf menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau yang hampa dengan kejadian itu berkata, walaupun anaknya bukan penerima sumbangan namun pihak sekolah tidak boleh mengambil mudah isu berkenaan.

“Inikah makanan yang nak kita beri kepada anak-anak kita? Pihak sekolah melarang membawa makanan yang tidak berkhasiat tetapi yang ini jugalah diberikan kepada murid asnaf,” katanya. – FMT – SM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 05:59 PM | Show all posts
Kesiannya kata orang nak bagi kena bagi barang yang terbaik bukan barangan yang sendiri pun tak nak guna
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 06:20 PM | Show all posts
Biasanya barangan yang hampir tamat tempoh ni dijual murah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:10 AM | Show all posts
Kesian nya.
Harap ada kesedaran la bagi pihak2 yang nak memberi sumbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:23 AM | Show all posts
Edited by BeskotCekelat at 22-4-2022 10:25 AM

Ini aku saspek peniaga yang supply barang tu amik kesempatan.
Aku zaman kat U dulu pernah terkena sebijik macama ni.
Ada buat program, member tempah hamper untuk cabutan bertuah.
Lepas habis majlis, penerima hamper complaint barang2 yang dapat brand mengarut2 & dah nak expired.
Lesson learned, pengalaman pertama kena scam. Lepas tu bila nak tempah apa2 mesti check betul2.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti cikgu order kat kedai acheh ni. Kat sekolah anak aku pon ada bagi buah kurma...tapi sedeh dek .3 biji je sepeket dlm plastik .kurma yg gred E
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Susu nilopak ada tak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 22-4-2022 11:26 AM
Mesti cikgu order kat kedai acheh ni. Kat sekolah anak aku pon ada bagi buah kurma...tapi sedeh ...

Tu lah..ada ka bg barangan low class kaum friskies
Dah la duit2 tu sumbangan ibubapa ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya cookies tahan berapa lama ye? Sbb cookies yg dah buka pun iols makan masih sedap lg nih.
Iols ada cookies yg client bagi tak buka lagi, jiran iols ckp dia nak tp serba salah lak nk bg takut dah tak ok ke apa.
Masa client bagi tu dia baru je baking. Iols risau plak nak bg org tp takkan nak buang sbb masih seal lg botolnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:24 PM | Show all posts
Edited by pjade at 22-4-2022 04:27 PM

Barang sumbangan pemilik usahawan IndoMart (boleh google IndoMart ni apa). Sekolah hanyalah perantara pihak penumbang & penerima. Sumbangan bukan dari kutipan sekolah/ sumbangan ibu bapa.

Lapar viral tul parent itu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:32 PM | Show all posts
Nak, ambil, taknak sudah. Ramai lagi yang boleh consume barang tu ASAP yakni yang lebih memerlukan.

Bosanlah nak layan karenah manusia yang hadap benda free pastu bising.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
29 april tu belum lagi luput.. bedal jahh.. kena bersyukur dgn apa yg dpt.. kalau itu mmg sumbangan drp indomart dan bkn hasil derma ibu bapa la..
MO mcm UEL, bg derma, pastu deme beli drp kedai sendiri.. mungkin brg nak luput kita taktau.. nampak luar mcm baik sbb bg sumbangan... tapi ekceli taknak tanggung rugi brg luput.. plus, masuk cukai.. giteww..
N***** pun bg brg nak luput sbg sumbangan.. bersyukur je la dpt brg sumbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pjade replied at 22-4-2022 04:24 PM
Barang sumbangan pemilik usahawan IndoMart (boleh google IndoMart ni apa). Sekolah hanyalah perantar ...

Ohhh..kisahnya
Jahat tul friskies ye, bg brg2 yg mmg dia nk lupus...mohon friskies mereput
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-4-2022 04:34 PM
29 april tu belum lagi luput.. bedal jahh.. kena bersyukur dgn apa yg dpt.. kalau itu mmg sumbangan  ...

Tak baik buat asnaf mcm tu..
Even gomen bawak.masuk vaksin nak.luput tarikh pun org bising inikan pulak makanan utk asnaf...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pjade replied at 22-4-2022 04:24 PM
Barang sumbangan pemilik usahawan IndoMart (boleh google IndoMart ni apa). Sekolah hanyalah perantar ...

dah agak dah..mesti sumbangan pihak luar..parents ni tah menyumbang takat 5hinggit, tapi fefeeling mcm sumbang 500hinggit je..kesian pihak skolah..kang x disampaikan sumbangan tu, orang tuduh cikgu2 songlap barang sumbangan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-4-2022 05:54 PM
Tak baik buat asnaf mcm tu..
Even gomen bawak.masuk vaksin nak.luput tarikh pun org bising inikan  ...

Menda tu tak luput lagi.. nak bg yg terbaik, voley jahh.. tapi iols speku ini mmg taktik kedai2 yg bg sumbangan..

Sama la mcm kes israel bg palestine stok beksin yg nak luput. Hat tuh mmg tak logik nak habiskan stok beksin dlm masa terdekat.. so elok jahh decline 'pertolongan' tuh.. kalau menda yg voley dihabiskan dlm masa terdekat, bg kat org lain yg akan habiskan lebih baik drp terbuang giteww.. tapi kalau pakai ni utk elak bayaran cukai, baik jgn sbb nampak sgt berhelah..

Iols dah habaq, giant mcm N***** pun pakai taktik sama.. kami yg buat keje amal tuh terima jahh dgn baik hati. Org nak bg, terima jahh.. tapi pastikan stok habes sblm luput la..

Kat tmpt iols blajaq, ada kedai asia jual megi expired.. hat tu lagi pelik.. giteww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
29 April boleh lagi guna.Jangan lah simpan. Orang beri free ambil saja. Kalau tak nak, boleh dia suruh orang lain habiskan cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumbangan dari kedai Acheh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak peduli sangat tarikh luput tu selagi tak lama sangat,contohnya setahun selepas tarikh tu. Bukannya mi segera tu terus tak boleh makan tepat jam 12 am pada tarikh tu? Benda tu dah manufactured setahun sebelum tu.Kalau setakat makanan kering dan mi segera kau makan sebelum tarikh luput atau 30 hari selepas tarikh luput tu takde beza pun. Tapi itu jika kes guna sendiri la. Kalau nak bagi kat orang eloklah cari yg lambat lagi tarikh luput. Ini mesti cari barang yang paling murah. Nak sedekah kat orang cari yang murah. Kalau beli utk diri sendiri cari yang mahal. Mcm ni ke pemikiran?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg duk cakap 29 April leh lagi guna...

Ko tengok tak benda apa tu... Majerin tu, orang buat sapuan roti, dan sebagainya... Mana mau nya nak habis sebelum 28 ni...

Kalau ni sumbangan free pihak luar, patutnya dorang fikir la sikit.. Ibarat peniaga bazaar sedekah baki makanan yg tak habis kt masjid.. Org ramai kecam kan, kenapa dh saki baki baru nk sedekah... Kau sedekah la yg elok2 skit.. Sama la konsep peniaga ni nak kena lupus barang2 yg nk expired, tp dari lupus baik aku bg sumbangan.. Dapat la nama.


Tapi kalau barangan ni sumbangan hasil kutipan wang, minta SPRM masuk... Contoh sebutharga buat RM20 sorang 1 pek sumbangan.. Company yg bekalkan memang nk untung max, g beli barangan yg hampir luput, harga mungkin x sampai RM5 contoh utk sorang..dia makan untung lebih, barang tu takleh guna sangat pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066440 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list