CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 726|Reply: 3

Pencuri Tertidur Selepas Pecah Masuk Kereta, Bangun Esok Pagi Tahu-Tahu Polis Datang Cekup

[Copy link]
Post time 22-4-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode
LONDON – Polis Britain menahan seorang pencuri yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah kereta selama semalaman  selepas memecah masuk ke dalam kenderaan tersebut, lapor akhbar The Sun.


Menurut laporan, pencuri itu dilihat berkeliaran di kawasan kejiranan tersebut sebelum membuka pintu sebuah kereta Audi Q7 yang diletakkan diluar  sebuah rumah di Midlands Barat, England baru-baru ini.


Dia mengambil wang tunai, fon kepala dan beberapa barangan peribadi sebelum tertidur selama enam jam dan disedari oleh anak pemilik kenderaan tersebut keesokan paginya.








“Kami tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.


“Ia agak menakutkan apabila melihat terdapat seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam kereta, namun kelakar kerana dia begitu nyenyak tidur di dalamnya,” kata pemilik kereta tersebut, Zoe Reed.


Tambah Reed, pencuri berkenaan dikejutkan oleh anggota polis yang tiba selepas dihubungi.


“Anggota  polis mengejutkannya dan berkata ‘Helo, apa yang anda buat di sini?’”


“Perkara pertama yang dikatakan oleh pencuri itu adalah ‘anda tidak boleh menangkap saya kerana mencuri disebabkan saya tidak melarikan diri dengan apa-apa barangan’.


“Kami berpeluang melihat situasi kelakar itu. Terdapat pencuri paling malas di Britain yang tidur di dalam kereta kami,” ujar Reed.


Dalam pada itu, Polis Midlands Barat mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dari Tamworth, Staffordshire. Dia diberkas dan didakwa atas kesalahan mencuri daripada  kenderaan bermotor dan memecah masuk kenderaan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 07:44 PM | Show all posts
“Perkara pertama yang dikatakan oleh pencuri itu adalah ‘anda tidak boleh menangkap saya kerana mencuri disebabkan saya tidak melarikan diri dengan apa-apa barangan’.


Dia punya otak memang senget dan tak stabil. Pecah masuk kenderaan orang masih lagi satu jenayah walaupun tak ambil apa-apa barang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar tumpang tidur je tu. Semoga selesalah tidur di lock up.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 12:44 PM | Show all posts
hahahaha adoiii sempat tu sekolahkan polis plk  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.041810 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list