CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1465|Reply: 12

[Jenayah] Nenek 73 tahun ditahan, dadah yang dirampas boleh digunakan 10,300 orang

[Copy link]
Post time 22-4-2022 09:55 PM | Show all posts |Read mode
IPOH: Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun diberkas dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sebuah rumah di Taiping, Perak, pada Rabu.

Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menjumpai satu bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat satu kilogram dan 30 bungkusan plastik mengandungi bahan dadah disyaki heroin, anggaran berat 450 gram. 
 
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, turut dirampas peralatan membungkus dadah dengan nilai keseluruhan dadah yang dirampas ialah RM115,750. 



"Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod sabitan lampau. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh lebih kurang 10,300 orang penagih dadah.

"Dadah tersebut disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan. Suspek telah direman selama lima hari bermula daripada 21 April 2022 sehingga 25 April 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati," katanya. 
 


Beliau bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, pada Jumaat. 
 
Menurutnya, dalam satu serbuan berasingan pada hari yang sama, polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di Bandar Seri Botani, Ipoh dan menjumpai dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 3.1 kilogram, bernilai kira-kira RM111,580. 
 


Katanya ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine di samping mempunyai empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. 
 Suspek direman enam hari sehingga 26 April dan kes juga disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nenek-73-tahun-diberkas-bersama-dadah-145-kilogram-358087



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek tu tukang simpan..
xpun dibayar mengaku salah..
She lived her life..
Kne gantung ke pape nanti tokey dadah tu bg duit ke anak cucu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek, ko dipergunakan? Atau Dr muda Nek buat kerja kutuk ni? ..hmm xtau NK Komen pe..bertaubatla Nek diakhir usia ni..even Klu Nek dianiaya.. taubat la juga .SBB sbg Muslim..Kita sgt2 digesa untuk buat solat taubat even sekali seumur hidup .begitu jua DOA dijauhkn penyakit ahmar.. kite digalakkan berdoa even sekali seumur hidup.. sekian tazkirah Malam msh muda..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah kenapa aku rasa nenek ni tak bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek sapa ni
Pandainya buat duit
Ke accidently dok dlm umah tu masa kena rush
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kot lawyer dia boleh guna hujah..nenek dah tua,dh nyanyuk..dia tak tau/igt/sedar secara waras benda yg dia buat....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek oi.. knp la buat kerja terkutuk ni. Aishhh!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling pelik tu mumia fossil atokcow ijau ron97tahun tak nyanyuk-nyanyuk lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 12:52 AM | Show all posts
umoq mcm tu boleh kena gantung lagi ka? sebat juboq pon ikut umoq
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena naya cucu dia kot nenek tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
..ni kamben itam nii.. normal laa mat dadeh expert tipu. Kalau x reti tipu, x yahh men dadeh kek dah nya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya..melayu ke cina ke india??
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 22-4-2022 11:36 PM
Nek oi.. knp la buat kerja terkutuk ni. Aishhh!

apa cu..nenek ta igt la cu nenek lupa la...dh nanyuk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059177 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list