CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1169|Reply: 7

[Tempatan] Cuaca, angin bukan punca 'paraglider' terhempas

[Copy link]
Post time 24-4-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Cuaca, angin bukan punca 'paraglider' terhempas
BERNAMA

Kuala Lumpur: Faktor cuaca dan angin bukanlah punca berlaku insiden seorang para peluncur maut selepas payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada masalah teknikal yang belum dapat dikenal pasti sehingga mengakibatkan mangsa tersangkut di atas pokok pada ketinggian 12.19 meter.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa membuat terjunan dua kali pada hari sama semasa kejadian dan siasatan lanjut mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah. Polis juga telah membuka satu kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mohammad Farhad Khalid, 44, maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur layar di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 4.56 petang dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi.

Bomba mengambil masa selama dua jam untuk menurunkan mangsa dari Subang Jaya itu berikutan ketinggian dan lokasi pokok berkenaan.

Beberapa Orang Asli yang berada di lokasi kejadian terlebih dahulu memanjat pokok berkenaan dan mengikat mangsa menggunakan tali payung terjun bagi mengelak lelaki itu terjatuh.

Bagaimanapun, Mohammad Farhad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Disiarkan pada: April 24, 2022 @ 5:25pm

Berita semalam

Peluncur udara maut tersangkut pokok balak
Amirul Aiman

Hulu Selangor: Seorang lelaki warga Pakistan yang melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) maut selepas ditemukan tersangkut pada pokok balak di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 4.50 petang itu berlaku apabila mangsa, Mohammad Farhad Khalid, 44, berasal dari Subang Jaya, Selangor tersangkut pada pokok balak dengan ketinggian 12 meter di tepi cerun bukit.

Difahamkan, mangsa patah kaki dan mengalami pendarahan ketika melakukan aktiviti terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.56 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Menurut laporan awal, akses ke pokok balak itu melalui laluan mendaki (trek hiking) sejauh 100 meter dari tapak 'take off' Bukit Batu Pahat.

"Mangsa yang mengalami kecederaan didapati tidak sedarkan diri dan usaha menurunkannya dari pokok dilakukan dengan kadar segera," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pihaknya mengambil masa selama kira-kira dua jam untuk menurunkan mangsa dari pokok balak terbabit.

Katanya, Orang Asli di sekitar kawasan kejadian turut membantu pihak bomba.

"Mereka memanjat pokok balak dan mengikat mangsa menggunakan 'webbing paragliding' bagi mengelakkan mangsa dari terjatuh.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai semasa tergantung. Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: April 23, 2022 @ 8:36pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seorang lelaki Pakistan BERASAL dari Subang Jaya,Selangor???
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu aku pusing pusing mrsm sambil lalu dok tengok paragliding meluncur landing kat padan milinieum tu.seram jugak padang tu tak besar mana..tp iols seronok tgk diorg meluncur sambil rakam video.peghak sungguh..takziah kpd mangsa.mesti kena tutup lepas ni tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-4-2022 11:03 PM
seorang lelaki Pakistan BERASAL dari Subang Jaya,Selangor???

Suku-sakat pensyarah kanan di kampong gosip sebelah ke??  Bapak si Bilal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 24-4-2022 11:03 PM
seorang lelaki Pakistan BERASAL dari Subang Jaya,Selangor???

Ic dia mesti tulis bangsa melayu kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 24-4-2022 11:23 PM
Ic dia mesti tulis bangsa melayu kot


pasni...lelaki rohingya berasal dr Langkawi...la pulok....Rosak Msia ni...rosak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah tu berparagliding sendiri ke atau ikut organizer? Sbb setau aku kt situ mmg ada syarikat yg offer utk paragliding ni. Kt situ gak ada kes bridge rope swing yg smpi patah tulang belakang
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 24-4-2022 03:00 PM
annehuda replied at 24-4-2022 09:27 AM
Arwah tu berparagliding sendiri ke atau ikut organizer? Sbb setau aku kt situ mmg ada syarikat yg of ...


Paragliding ini jadi apa memang salah sendiri... Salah navi rasa nya dia sudah 100 metres dari takeoff point.. Pokok yang dia 'langgar' bukan mati sebab sangkut or ter hempas nampak besar dan tinggi dari pokok lain....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.090770 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list