CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Tempatan] Asrama terbakar, 43 pelajar selamat

[Copy link]
Post time 25-4-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode
43 pelajar selamat, asrama terbakar

https://www.utusan.com.my/nasion ... at-asrama-terbakar/

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
25 April 2022, 6:18 am


KEADAAN asrama lelaki Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hishammuddin di Klang, Selangor yang terbakar.

KLANG: Seramai 43 pelajar lelaki Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hishammuddin di sini, terselamat apabila asrama sekolah itu terbakar.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi itu berlaku ketika semua penghuni tiada di asrama kerana menunaikan solat tarawih.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 9.40 malam.

Katanya, operasi itu disertai sepasukan 29 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam dan Subang.

“Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan asrama di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan. Anggota kita bersama beberapa jentera kemudian segera memadamkan api yang sedang marak memusnahkan 70 peratus asrama itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran itu berjaya dikawal pukul 10.09 malam tadi.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah bilik di tingkat berkenaan yang dihuni seramai 43 pelajar lelaki. Namun, semua pelajar berkenaan selamat kerana tiada di lokasi berkenaan dan menunaikan solat tarawih,” jelasnya.

Tambah beliau, punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.146772 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list