View: 1323|Reply: 13
|
[Tempatan]
Baju Melayu kucing curi tumpuan di Festival Gaya Raya
[Copy link]
|
|
Baju Melayu kucing curi tumpuan di Festival Gaya Raya
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... festival-gaya-raya/
Oleh KOSMO!
24 April 2022, 6:25 pm
Tangkap layar suasana kedai jualan baju Melayu Kucing sempena Festival Gaya Raya
PETALING JAYA – Selain sibuk melengkapkan kelengkapan raya buat diri sendiri dan keluarga, kini tular di laman sosial media baju kucing yang dijual sempena Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia ketika ini.
Menerusi perkongsian satu klip video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fendi, kelihatan suasana kedai yang menjual busana unik itu berjaya mencuri tumpuan apabila dipenuhi orang ramai.
Lebih menarik, baju Melayu yang dijual memiliki pelbagai warna serta turut digandingkan dengan samping dan songkok yang direka khas untuk haiwan tersebut.
Susulan daripada itu, rata-rata penggemar haiwan berkenaan turut terpanggil untuk mendapatkan busana terbabit menjelang Aidilfitri nanti.
“Dekat mana ni, nak beli juga. Hanya pencinta kucing sahaja yang faham lebih-lebih lagi tiada anak lagi,” kata Umi Wahidah.
“Betul la tu, RM10,000 kan dah masuk, kucing tahun ni baju dia lagi mahal dari tuan,” seloroh Sheila. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing rimas pakai semua2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ternampak semalam. Harga starting 20 hengget..Paling mahal nak dekat seratus...Aku pun peminat kucing gak cuma aku nak kata semua ni...membazirrrrr..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kenangan tu yang berharga |
|
|
|
|
|
|
|
Dah add to cart songkok dgn baju melayu kat shopee, kejap je dah sold out. Raya tahun dpn beli kain sendiri jahit bodo2 jela. Bkn kucing heran pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak haram ke buat benda ni? (*saja*) |
|
|
|
|
|
|
|
jadi haram bila ada yang terhina
|
|
|
|
|
|
|
|
Wajarkah manusia memanusiakan binatang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hairan juga tiada yang terhina kerana binatang dipakaikan baju melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2022 07:01 AM
40 tahun lepas jika binatang di makeup di pakaikan baju seluar orang melayu akan kata “jangan buat begitu kerana hari akan cela”
Cela bermaksud sesatu yang buruk akan berlaku seperti angin puting beliung, ribut petir, tsunami dan lain lain |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 25-4-2022 10:56 PM
Hairan juga tiada yang terhina kerana binatang dipakaikan baju melayu
Dia terhina kalau lembu pakai baju melayu
Mcm patung lembu dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing rimas benda2 ni. Sebab tu iols tak pakai pun rantai dekat kucing iols. Tapi lantak la kepada mereka yg nak pakai utk kucing.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|