CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 17

[Tempatan] Laman Maybank2u serta aplikasi MAE dan Maybank2u tergendala. Ramai panik baki RM0.00

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 25-4-2022 04:16 PM

Laman Maybank2u serta aplikasi MAE dan Maybank2u tergendala
    OLEH Najib
    12:13 pm
    25/04/2022


Pengguna perkhidmatan atas talian Maybank pagi ini terkejut apabila melihat akaun mereka menunjukkan jumlah RM0.00. Ada juga yang tidak dapat mendaftar masuk menerusi laman web Maybank2u serta aplikasi MAE.

Gangguan ini telah disahkan oleh Maybank sendiri. Mereka menyatakan terdapat isu sambungan perlahan dan terputus-putus di aplikasi MAE dan Maybank2u, serta di laman web Maybank2u.

Buat masa ini, Maybank belum menyatakan bilakah jangkaan masalah ini dapat diselesaikan. Maybank sedang menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan sangat menghargai kesabaran dan kerjasama semua.

Masalah perkhidmatan Maybank tergendala kelihatan semakin kerap kebelakangan ini. Kali terakhir ia berlaku adalah pada Januari lepas dan sebelum itu, pada bulan Disember.

Tetapi tiada pengguna dilihat melaporkan berlaku kehilangan wang akibat gangguan ini. Di CIMB awal tahun ini, ada pengguna dibekukan akaun kerana kesilapan kemasukan wang.

sumber: bm.soyacincau.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2022 02:09 PM | Show all posts
Gangguan web, aplikasi Maybank2u, Maybank mohon maaf
April 25, 2022 @ 1:57pm

KUALA LUMPUR: Maybank memohon maaf atas gangguan perkhidmatan pada perkhidmatan perbankan terpilih.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, gangguan itu adalah susulan volum trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

Susulan itu, jelasnya, perkhidmatannya menerusi web Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan penggunaan kad Debit mula mengalami kelembapan bermula dari 9 pagi hari ini.

"Maybank ingin memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami gangguan perkhidmatan di web Maybank2u, M2U App, MAE App dan penggunaan kad Debit hari ini.

"Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatan sebaik mungkin. Kami jamin bahawa baki dan butiran akaun anda akan kekal utuh dan selamat dengan kami," kata kenyataan itu.

Maybank berkata, pihaknya memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan berkenaan.

"Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus mengemas kini maklumat secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U," tambah jurucakap itu.

Untuk bantuan dan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi melalui platform media sosialnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2022 04:16 PM | Show all posts
Ramai Panik Duit Dalam Maybank ‘Hilang’
Mohd Arshad -
18/04/2022


PETALING JAYA – Media sosial petang ini kecoh apabila pengguna Maybank gagal menggunakan kad debit atau baki di dalam akaun bank mereka hilang.

Tinjauan Kosmo! mendapati akaun media sosial rasmi milik Maybank turut ‘diserang’ oleh pengguna akibat daripada masalah itu.

Rata-rata pengguna mendakwa, kesemua transaksi mereka secara dalam talian ataupun di kaunter pembayaran tidak berjaya.

Malah, ada juga yang panik selepas menyemak baki di dalam akaun bank mereka dan mendapati wang mereka ‘hilang’.

“Kenapa dengan Maybank? Tengok tadi ada duit, sekarang dah kosong. Dalam tabung pun, tengah nak guna duit ni,” kata Julyana.

“Dua kali nak guna kad debit, tapi tak berjaya. Terpaksa pakai kad lain, tiba-tiba Maybank kasi notifikasi transaksi yang gagal tadi berjaya,” kata Fitri.

“Terkejut sangat buka Maybank tengok duit semua hilang. Semak di Twitter, sah Maybank tengah ‘down’,” kata Faiz.

Sementara itu, Maybank dalam satu kenyataan di Twitter rasminya tadi memaklumkan, penggunaan kad debit tergendala seketika dan Maybank juga sedang berdepan masalah teknikal di aplikasi miliknya iaitu MAE, M2U MY dan lama web Maybank2u.

“Kami meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha menyelesaikan masalah ini segera. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Kosmo-
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Isipadu trafik tinggi sangat? Kenalah tunggu malam ni untuk buat transaksi. Hmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 04:20 PM | Show all posts
haah kejap tadi cuba login MAE apps tak boleh. Meols skang duit bahagi dua antara MAE dengan BigPay sajork, kengkadang letak kat tng ewallet skali.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi ramai kecoh kat whatsapp. Nasib baik baru je guna 2 hari lepas, tunggu ler sehari dua lagi, harap dah ok sbb nak settle apa patut sblm balik kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik prpagi subuh td  dh transfer loan umah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ritu bank sotong buat hal..now bank rimau. Org nak raya laa weyy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 04:39 PM | Show all posts
One fine day duit digital ni akan lenyap. Slow2 dah bagi hint. Hanya emas retain value. Sehinggakan 100 yg berebut emas, 99 akan mati.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta maaf je?
Paling tidak pun,transfer la 1-2k utk pengguna maybank tanda mintak maaf
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari-hari mau tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2022 12:59 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la ramai org mesia suka pi shopping bwk cash berbedung2..  makin ramai dah tak caye sistem debit ni, mula dah menyusahkan nak2 kalau ko mmg guna 1-2 card je utk bab2 shopping
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 26-4-2022 01:04 AM
Patut la ramai org mesia suka pi shopping bwk cash berbedung2..  makin ramai dah tak caye sistem deb ...

Baru ingat nak tutup my one and only CC sbb dah jarang pakai.... i pakai ewallet, sbb boleh topup and pay, or just waive debit card.. dah debit jadi unreliable gini plak..

My friend ada bgtau semalam tengah shopping groceries... terpaksa letak balik barang2 sbb tak dpt bayar pakai debit card... nak cucuk duit pun takleh...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Penangan kwsp 10k. Tibeh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 26-4-2022 05:25 AM
Baru ingat nak tutup my one and only CC sbb dah jarang pakai.... i pakai ewallet, sbb boleh topup  ...

Kena spare kad lain tak pasal2.. nak bawak cash mmg idok la, kita ni marhaen bkn founder produk timbangkati nak flex cash.. bawak kad pun sekeping je yg boleh diharap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 05:42 PM | Show all posts
fefeeling replied at 26-4-2022 05:35 PM
Kena spare kad lain tak pasal2.. nak bawak cash mmg idok la, kita ni marhaen bkn founder produk ti ...

i mmg tak suka pakai cash for any transactions be it groceries, minyak, card TNG, even kalo gi spa urut badan pun iols pakai ewallet.. rasa cam geli je nak pegang cash bertukar2 tangan comot segala bau... eeeeeee...
ini pun duit raya terpaksa lah tukar jugak cash kan .. if not, mmg sorry laa i nak keep cash dalam purse...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg kecoh td, iols pun kalut la check jugak kot duit iols pun hilang. dah la baru je nak masuk byr segala bills. mujur la tak jadi 0.00 kalau dak pitamss dah acik ni haa

bank2 hewan ni mslh tui la, aritu sotong, arini rimau. cuba tgk pakcik rashid hussein tu, elok je tak pernah dgr kejadian sistem naharom gini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.444841 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list