|
Gambar fail - Jurulatih karate kebangsaan, R Puvaneswaran. - Foto ihsan Astro Arena
KUALA LUMPUR: Jurulatih karate kebangsaan, R Puvaneswaran dapat merasakan situasi pertandingan bagi sukan itu tidak akan sama seperti ketika dia menyertai temasya Sukan SEA Vietnam 2003.
Puvaneswaran yang meraih pingat perak dalam kategori kumite 55 kilogram (kg) individu lelaki pada ketika itu berkata, dia dapat merasakan situasi kali ini akan berubah dan tuan rumah, Vietnam tidak mempunyai peluang untuk menguasai pungutan emas.
Katanya, pasukan pada kali ini sudah bersedia untuk menghadapi segala-galanya walaupun sukan subjektif itu secara kebiasaannya tampak memihak kepada tuan rumah.
"Sebelum ini di Sukan SEA Hanoi 2003, saya adalah salah seorang atlet pada ketika itu," kata Puvaneswaran. "Pada ketika itu, kalau tak silap saya, daripada 19, mereka memenangi 15, hampir sapu kutipan (emas) keseluruhan.
"Namun saya rasa situasi itu tidak akan berulang lagi. Apa-apapun, kami sudah bersedia untuk menghadapi segala-galanya di Sukan SEA Vietnam nanti."
Di Sukan SEA Hanoi ini, pasukan negara terutama kumite menyasarkan tiga emas selepas pada temasya di Filipina 2019, mereka masing-masing meraih empat emas dan perak sekali gus muncul juara keseluruhan.
Dalam acara kumite, emas dihadiahkan Prem Kumar Selvam dalam acara bawah 55kg lelaki dan bawah 75kg oleh R Sharmendran manakala P Madhuri meraih kilauan pingat berkenaan dalam acara bawah 55kg wanita.
Pasukan lelaki disertai Thomson Hoe, Ivan Oh dan Emmanuel Leong pula meraih emas dalam acara kata, menewaskan pasukan Indonesia yang membariskan atlet mereka, Andi Dharmawan, Andi Mardina dan Albiadi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... aran-getir-di-hanoi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|