View: 352|Reply: 0
|
[Kedah]
Peruntukan hampir RM8 juta baiki runtuhan cerun di lorong Bukit Kukus
[Copy link]
|
|

ZAIRIL KHIR JOHARI meninjau runtuhan batu berhampiran rumah pangsa kos sederhana rendah Grandview Heights dan rumah pangsa Bukit Saujana di lorong Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang hari ini.
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan hampir RM8 juta untuk membaiki runtuhan cerun berhampiran rumah pangsa kos sederhana rendah Grandview Heights dan rumah pangsa Bukit Saujana di lorong Bukit Kukus, Paya Terubong di sini bagi memastikan keselamatan orang awam serta kawasan sekitarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, jabatan kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah diarahkan untuk melantik jurutera perunding geoteknikal yang bertauliah bagi membuat kajian awalan dan mengemukakan cadangan pembaikan cerun pada suku pertama 2021 dan kerajaan negeri meluluskan cadangan itu pada 20 April lalu.
Katanya, kerja-kerja membaik pulih cerun itu akan dilaksanakan oleh MBPP pada suku ketiga tahun ini dan dijangka siap pada suku pertama 2024.
“Berlaku tiga insiden runtuhan batu berhampiran kawasan perumahan di sini pada 2017, 2018 dan 2020, namun, tidak menimpa orang awam atau harta awam.
”Bagi memastikan kestabilan cerun di sini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan hampir RM8 juta termasuk kos bayaran yuran perunding dan kos imbuhan balik,” katanya dalam sidang akhbar di lorong Bukit Kukus di sini hari ini.
Mengulas lanjut Zairil berkata, sebelum ini, pemasangan jaring telah dilaksanakan pada tahun lalu di cerun kawasan berkenaan, namun, masih berlaku runtuhan batu yang dikhuatiri mengancam penduduk.
”Terdapat hampir 400 unit buah rumah di kawasan ini dan kawasan kajian cerun itu melibatkan kawasan seluas 4.1 hektar manakala kawasan yang dibaiki adalah sebanyak 3.4 hektar,” katanya.
Dalam pada itu, Zairil berkata, kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memantau kawasan cerun bukit dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemilik tanah di kawasan cerun yang tidak mendapat kelulusan PBT.
”Kita dapati mereka ini menjalankan aktiviti pertanian di sekitar kawasan Bukit Bendera, Balik Pulau serta tidak mendapat kelulusan daripada PBT untuk menjalankan aktiviti ini.
“Kita minta pekebun ini yang ada di antaranya telah menjalankan aktiviti ini sejak turun-temurun untuk segera berhubung dengan MBPP selewat-lewatnya Jun ini bagi memastikan mereka mendaftar dengan MBPP,” katanya. –UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/nasion ... lorong-bukit-kukus/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|