CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 5

[Tempatan] R&R PLUS dibuka 24 jam sehari sepanjang musim perayaan

[Copy link]
Post time 26-4-2022 12:36 AM | Show all posts |Read mode
R&R PLUS dibuka 24 jam sehari sepanjang musim perayaan
| | 25 April 2022

KUALA LUMPUR - Semua kawasan rehat dan rawat (R&R) dan Hentian Sebelah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan serta keselesaan pelanggan lebuh raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya akan menyediakan tandas tambahan dan lori tangki di R&R dan Hentian Sebelah bagi mengimbangi peningkatan jumlah pelanggan yang singgah di kawasan berkenaan.

"Bagi menguruskan trafik di kawasan-kawasan rehat, PLUS juga akan mendapatkan khidmat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata sekiranya kawasan rehat terlalu padat dan sesak sehingga memberi kesan kepada kelancaran perjalanan trafik di lebuh raya, ia mungkin terpaksa ditutup sementara sebelum dibuka secepat mungkin setelah keadaan kembali terkawal.

Selain itu terdapat 109 stesen minyak beroperasi di sepanjang lebuh raya PLUS untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan dan menggunakan tandas serta surau selain mengisi minyak.

PLUS menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya antara 29 April hingga 9 Mei. - Bernama

sumber: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 12:51 AM | Show all posts
woot woot.. slamat beraya sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 03:59 AM | Show all posts
yg penjual peniaga  yg kat R&R  tu sepanjang raya depa tak raye ke? i mean , tu dia tulis sepanjang raya ? wow lah komitmen yg tinggi. eloklah cover balik pendapatan  kesan pandemik ni ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 26-4-2022 03:59 AM
yg penjual peniaga  yg kat R&R  tu sepanjang raya depa tak raye ke? i mean , tu dia tulis sepanjang  ...

Bangla  overtime during holidays period....iteww pun tak boleh nak pikir kewww?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:04 AM | Show all posts
bukan sepanjang masa buka 24 jam ke..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2022 10:04 AM
bukan sepanjang masa buka 24 jam ke..

Waktu normal certain rnr je buka 24 jam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.567363 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list