CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 9

[Dunia] Broker caj RM5,089 untuk 'dibawa' ke Malaysia

[Copy link]
Post time 26-4-2022 05:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2022 01:56 PM

Broker caj RM5,089 untuk 'dibawa' ke Malaysia[size=14.399999618530273px]Agensi




Pati warga Myanmar yang ditahan Polis Thailand. FOTO Agensi



Bangkok: Bayar 40,000 baht atau RM5,089 setiap seorang untuk diseludup masuk dari Thailand ke Malaysia.

Bayaran itu dikenakan broker sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (Pati) berpangkalan di Myanmar untuk menyeludup rakan senegaranya masuk ke Malaysia melalui Thailand.

Setiap Pati dilaporkan sekurang-kurangnya diarahkan membayar separuh caj berkenaan kepada broker terbabit di Myanmar sebelum mendapat akses untuk perkhidmatan disediakan sindiket terbabit.

Bangkok Post melaporkan, cubaan sindiket menyeludup 11 warga Myanmar di daerah Sadao dekat sempadan Thailand-Malaysia digagalkan polis di negara gajah putih itu.

Komander pasukan tentera, Kolonel Thanitphon Hongwilai berkata, sebuah pasukan terdiri daripada askar, polis kawalan sempadan dan anggota imigresen menemukan sembilan lelaki dan dua wanita sedang bersembunyi di sebuah kawasan hutan di Kampung Dan Nok, Jumaat lalu.

"Kesemua mereka merupakan Pati dari Myanmar. Kumpulan pendatang haram itu kelihatan lesu ketika ditemukan. Mereka yang ditahan dibawa menjalani ujian saringan Covid-19 dan kesemuanya negatif," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, ketika soal siasat, Pati terbabit memaklumkan mereka memulakan perjalanan dari bandar Mawlamyine di Myanmar dan ingin memasuki Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan.

"Mereka membayar 40,000 baht (RM5,089) setiap seorang dan menyerahkan separuh bayaran kepada broker di Myanmar terlebih dahulu. Baki bayaran perlu dijelaskan sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia," katanya.

Katanya, kumpulan terbabit turut memaklumkan mereka menyeberangi sempadan (Thailand-Myanmar) melalui lintasan sempadan semula jadi dengan berjalan.

"Sejurus melintasi sempadan, lelaki dan wanita itu diarah untuk menanti trak pikap yang akan membawa mereka ke Malaysia," katanya.




Disiarkan pada: April 25, 2022 @ 6:02am









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Siam ni mmg jahat..dr zmn kesultanan mekayu melaka lg...zmn penjajahan dulu pun sama....habis musuh2 masuk tanah melayu melalui sempadan dia..skrg pun sama..bawa msk pati...kau gi je lah tinggal kat thai tu...apa sibuk2 msk msia..siam jahat perut hijau
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
"itu menteri cakap mau kasi kita rohingya kereja...kita mari...la"-Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dah lolos pun tak tau berapa ribu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 26-4-2022 08:33 AM
"itu menteri cakap mau kasi kita rohingya kereja...kita mari...la"-Rohingya

Menteri bodow kena tipu....klau PATI pesal nk kna bayar broker, tu pun ada yg bangang dodoikan lagu selamat mlm rohingok, rohingya dtg rogol org local padtu bagi lps sbb pelarian tak blh sentuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 11:11 PM | Show all posts
Benda macam ni dah berzaman dah..............sekejap heboh lepas tu diam balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemasukan pelarian rohingya ni ada elemen penyeludupan manusia. Puak-puak diaorg jugak berniaga seludup orang. Haruslah ada ejen-ejen mereka di Malaysia ni untuk uruskan kemasukan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dpt tangkap belah malaysia, hukum je buang keistimewaan kerakyatan diorg
Ni nak bagi penjara pun payah
Nama pon pengkhianat
Jenis2 jual ic, seludup pati, penceroboh semua ni
Malaysia terlalu sajat sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena perang abis abisan..ni penentu nasib anak2 kita..pati ni dorg berduit ..bukannya fakir miskin..dtg sini amik hak rakyat sini, anak2 kita bakal bersaing tanah (pati bina penempatan amik tanah secara haram), pastu mula buat teknik nk dptkan ic utk anak2 dorg, mula amik alih tenaga pekerja...serabut fikir masa dpn generasi akan dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 5-5-2022 09:48 AM
Firenzza replied at 4-5-2022 10:20 PM
Menteri bodow kena tipu....klau PATI pesal nk kna bayar broker, tu pun ada yg bangang dodoikan lag ...


kalo rogol orng...pi kjar..pukul sampai mati..campak kt laut jer.tamat.Sbg pendatang haram ..depa xde rekod(secara sah)pon msk/berada kt Msia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.385688 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list