CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

Hantar pulang jika langgar peraturan

[Copy link]
Post time 26-4-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode

NUR AZMI memberi amaran kepada barisan atlet, jurulatih dan pengurus pasukan supaya tidak melanggar peraturan ditetapkan pada Sukan SEA Hanoi bulan depan. – SHIDDIEQIIN ZON

KETUA kontinjen negara (CDM), Datuk Nur Azmi Ahmad menggesa barisan atlet, jurulatih serta pegawai ke temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei ini supaya mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk menghantar pulang mana-mana individu sekiranya didapati ada yang tidak mengendahkan atau melanggar peraturan di sana nanti.

Nur Azmi menjelaskan, beliau sudah menyampaikan perkara itu kepada setiap jurulatih dan pegawai pasukan supaya memantau serta menjaga pergerakan atlet masing-masing.

“Kita akan mengikut SOP yang ditetapkan oleh penganjur, tetapi untuk kontinjen sendiri, kita sudah maklumkan kepada semua atlet dan pengurus pasukan. Saya sudah berikan amaran kepada jurulatih dan pengurus supaya memantau atlet.

“Jika kita tidak benarkan atlet merayau, peraturan itu turut terpakai kepada pengurus dan jurulatih. Kita tidak mahu sesuatu yang boleh membawa penyakit kepada pasukan.

“Kita tidak akan buang masa (hantar pulang) kerana tidak mahu ia menjadi masalah di kemudian hari. Perkara ini saya sudah maklumkan kepada semua,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Bangi kelmarin.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya sudah membuat perancangan untuk meletakkan mana-mana atlet sekiranya didapati positif Covid-19 di satu pe­nempatan khas sepanjang sukan SEA Hanoi nanti.

“Kita merancang untuk membuat perkampungan atlet yang positif Covid-19 supaya mereka boleh berada di satu tempat. Itu sebabnya ISN (Institut Sukan Negara) kali ini mempunyai pasukan begitu besar.

“Jika ada atlet yang positif, saya atau Timbalan CDM (Afrita Afriany Nasril) akan menunggu mereka sehingga pulang ke tanah air. Kita nak pastikan tanggungjawab itu sentiasa dibawa semasa pergi ataupun pulang,” ujar Nur Azmi.
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -langgar-peraturan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039518 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list