View: 479|Reply: 2
|
[Tempatan]
Waspada sindiket jual kelengkapan Aidilfitri, mangsa diperdaya RM19,773
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Waspada sindiket jual kelengkapan Aidilfitri, mangsa diperdaya RM19,773
PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini memaklumkan polis mengesan kewujudan sindiket penipuan dalam talian menjual pakaian serta kelengkapan Aidilfitri sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan RM19,773.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, sindiket terbabit menggunakan platform media sosial bagi mengiklankan barangan seperti pakaian serta kelengkapan hari raya.
“Namun, setelah pembayaran dibuat, barangan yang dibeli tidak diterima mangsa.
“Sehingga kini, 22 kes penipuan jual pakaian serta kelengkapan hari raya dicatatkan dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM19,773,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membuat pembelian pakaian dan kelengkapan melalui platform media sosial atau penjual yang meragukan.
Sebarang maklumat orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -diperdaya-rm19773/
|
|
|
|
|
|
|
|
Arwah kenalan iols dulu scammer. Nak mati baru kau mintak ampun & mintak halalkan duit yg berpuluh2 ribu dia makan secara haram. Tak cukup dia mintak maaf, mak bapak dia yg merayu mintak maaf & halalkan duit. Seksa jugak la masa dia nak mati |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn iols haritu ada post kat some online platform nak jual blk baju dia beli tak fit her size.. tetiba ada cina laki contact dia nk bli terus mintak details segala. Nasib dia bijak fikir.. dah kenapo cina laki nak beli baju kurung pompuan xtanya size apa berapa ringgit dulu, confirm scammer |
|
|
|
|
|
|
| |
|