View: 913|Reply: 7
|
[Dunia]
Tiga beradik kembar bercinta, mahu kahwin lelaki sama
[Copy link]
|
|
Stevo percaya bahawa dia dilahirkan untuk berpoligami kerana bercinta dengan tiga wanita serentak. – Oddity Central
Tiga beradik kembar bercinta, mahu kahwin lelaki sama
NAIROBI, KENYA – Tiga beradik kembar seiras di Kenya menjadi perhatian ramai selepas mengaku bercinta dengan lelaki yang sama, malah ketiga-tiga mereka merancang untuk mengahwini jejaka tersebut, lapor laman Oddity Central kelmarin.
Cate, Eve dan Mary atau dikenali sebagai ‘Komrad Kembar Tiga’ bercinta dengan Bigman Stevo selepas ‘melamar’ lelaki itu untuk keluar bertemu janji dengan ketiga-tiga mereka.
Cate adalah yang pertama melihat Stevo dan memberitahu kepada adik-beradik kembarnya tentang lelaki itu.
“Saya pernah melihat Stevo di YouTube dan pada suatu hari, saya memberitahu Mary mengenainya. Dia mengaku menyukai Stevo dan ketika saya menunjukkan wajah Stevo kepada Eve pula, dia juga meminati lelaki itu,” kata Cate.
Pasangan kembar tiga itu kemudian jatuh cinta kepada Stevo selepas mereka keluar temu janji dan mengenalinya.
Mereka mengakui tidak pernah berasa cemburu kerana telah menyusun jadual bagi memastikan masing-masing mempunyai masa yang sama banyak untuk diluangkan bersama Stevo.
“Kami menyusun jadual supaya Stevo boleh keluar dengan kami pada hari Isnin, Selasa dan Rabu serta pada hari Jumaat kami keluar berempat.
“Syaratnya adalah dia perlu mencintai kami dengan sama rata dan melakukan yang terbaik untuk menyayangi kami dengan saksama,” kata kembar tersebut.
Sementara itu, Stevo berkata, dia menganggap dirinya menjalani hubungan poligami apabila bercinta dengan tiga wanita serentak.
“Saya percaya bahawa cinta saya bukan hanya milik seorang wanita. Saya dilahirkan untuk berpoligami dan semua orang mengetahuinya.
“Saya sentiasa jujur dan setia. Bekas-bekas kekasih meninggalkan saya kerana saya memberitahu mereka bahawa saya ingin menambah teman wanita baharu,” katanya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... kahwin-lelaki-sama/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, buruknya lipstick korang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa ambik 3.. sedangkan benda yang sama? Macam wak jahid ambik velfire hitam 3 biji. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 26-4-2022 08:10 PM
Buat apa ambik 3.. sedangkan benda yang sama? Macam wak jahid ambik velfire hitam 3 biji.
Hahahah ini lawak. Nak bg anak bini kot.
X penat ke ko stevo nak melayan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
One lucky man, at least for the time being |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga Beradik Kembar Kongsi Teman Lelaki Yang Sama- Bergilir Nak Jumpa, Siap Ada Jadual Dating
Nairobi: Tiga beradik kembar di Kenya ini memilih untuk berkongsi teman lelaki yang sama.
Mereka mendakwa perkongsian itu bukan satu masalah yang besar.
Media tempatan melaporkan Cate, Eve dan Mary, yang menjalinkan hubungan dengan Bigman Stevo.
Foto: Agensi
Kisah pelik tiga beradik ini kemudiannya menjadi tajuk berita utama, sejak beberapa minggu lalu.
Antara tiga beradik ini, Cate menjadi orang yang pertama bertemu Stevo sebelum berkongsi kisah percintaan itu dengan dua lagi adiknya.
Dua lagi kembarnya itu kemudian mendekati Stevo dan menawarkan diri sebagai teman wanita dan mereka sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa minggu lalu.
Bagi mengelak konflik, mereka membuat jadual khas supaya percintaan itu terjalin dengan harmoni.
"Saya menontonnya (Stevo) di YouTube sebelum menceritakan kepada Mary.
"Saya memang meminatinya dan selepas menunjukkan kepada Eve, dia turut menaruh perasaan sama," kata Cate.
Walaupun mengakui Stevo kacak, namun rasa cinta terhadap lelaki itu disebabkan beberapa sebab berbeza.
Kembar itu juga memaklumkan mereka tidak cemburu sesama sendiri dan menyediakan jadual untuk memastikan masa bersama teman lelaki dapat diluangkan dengan adil.
"Kami merancang dan menetapkan jadual setiap hari dan menjadikan Jumaat sebagai hari kami bertiga menghabiskan masa bersamanya.
"Stevo perlu mencintai kami dengan adil dan dia mencuba sebaik mungkin memenuhi syarat itu," katanya.
Stevo seorang ahli perniagaan dan pencipta kandungan memaklumkan tiada masalah untuk bercinta dengan tiga wanita berbeza pada satu masa.
"Saya percaya cinta ini bukan terhad untuk seorang wanita saja dan saya dilahirkan untuk berpoligami," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Hari jumaat semua berkumpul.ya
Bagus2..
Tak pening ke laki tu nak hadap perangai gf2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
... akhirnya semua nak kahwin dengan lelaki tu kah |
|
|
|
|
|
|
| |
|