CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4447|Reply: 42

[Jenayah] Mahkamah Singapura membenarkan ibu Nagaentran berpegangan tangan sebelum digantung

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 27-4-2022 04:00 PM

Singapura: Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung, (hari ini) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.

Panchalai Supermaniam memfailkan permohonan itu dengan bantuan rakan-rakan dan aktivis tanpa diwakili mana-mana peguam.

Terdahulu, semasa perbicaraan, Panchalai berkata melalui jurubahasa: "Saya ibunya. Saya membuat petisyen. Kami mahu dia hidup... Kami perlu mendapatkan peguam untuk kes ini."

Beliau ditemani anak saudaranya Thenmoli Sunniah.

Asas kepada cabaran undang-undang itu ialah Hakim Sundaresh Menon yang mengetuai dan menolak rayuan Nagaenthran sebelum ini merupakan Peguam Negara yang telah mendakwa Nagaenthran dan memastikan sabitannya.

Perbicaraan didengar di hadapan tiga Hakim iaitu Andrew Phang; Judith Prakash; dan Belinda Ang bermula 2.30 petang dan ditangguhkan kira-kira 30 minit kemudian sebelum disambung semula pada 4.30 petang untuk mendengar keputusan.

Selepas permohonan ibunya ditolak, mahkamah membenarkan Nagaentran berpegangan tangan dengan tujuh ahli keluarganya yang hadir di kamar mahkamah.

Mengenakan pakaian seragam penjara berwarna ungu, Nagaentran kelihatan tenang semasa bercakap dengan ibu dan ahli keluarganya.

Berasal dari Perak, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Kes Nagaentran menarik perhatian pihak luar.

Pada 7 November 2021, dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/04/836256/ikhtiar-terakhir-selamatkan-nagaenthran-gagal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
No kompromi. Klau kt sini lps sbb kesian
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 09:54 AM | Show all posts
Itulah namanya kasih sayang seorang ibu. Mereka sanggup lakukan apa sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 10:16 AM | Show all posts
memang dia bersalah ke kena khianat ye?
kasih ibu cmtu la utk ank.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde sapa2 yg nk komplen ke tukar hakim yg jatuh hukum tu ke? Kot2 dlm akaun ada juta2.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 27-4-2022 10:32 AM
Xde sapa2 yg nk komplen ke tukar hakim yg jatuh hukum tu ke? Kot2 dlm akaun ada juta2.....

baguskan negara sane tu tegas dan tak goyang wpn diasak. kt sini tanam ketum berpokok2 pn lepas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dadah musuh no 1 negara...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 10:52 AM | Show all posts
dah gantung kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 10:53 AM | Show all posts
Sudah digantung awal pagi tadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepot replied at 27-4-2022 10:16 AM
memang dia bersalah ke kena khianat ye?
kasih ibu cmtu la utk ank.

Ikat kat betis dadah tu.  Bukan kene khianat.  Dia mengaku pehtu tak mengaku kalo tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 12:05 PM | Show all posts
Kalau kesian kat ibu..jangan la jebak2 kes eder dadah ni. Lain la ko anak yatim...Heroin kot...ni utk druggy hardcore yg ketagih teroks. Tak berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 12:06 PM | Show all posts
ingat Singapore tu Malaysia ke boleh nak kawtim2 kes dadah. kat sini yelah, kantoi tanam ganja pun takpe asalkan anak Vincent Tan. kalau ko anak orang awam, tak lepas le.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 12:11 PM | Show all posts
ada undang2 tegas pun ada penagih jugak kat sana..ada penagih ada la pengedarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 12:28 PM | Show all posts
RIP...

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 02:15 PM | Show all posts
Kat sini sah2 sokong LTTE pun boleh lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 02:18 PM | Show all posts
pengajaran buat semua...x kira kau OKU @ IQ rendah @ educated ke apa....KATAKAN TIDAK PADA DADAH!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 02:25 PM | Show all posts
acah2 kesian ngn kartel dadah konon... waaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah

mana dapig??? tak nak salahkan kerajaan Malaysia ke?? fitnah la apa yang patut... buat kuil tepi jalan atas tanah kerajaan secara haram pun boleh jadi halal... takkan benda2 cam ni nak aku ajar kot???
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 02:27 PM | Show all posts
jangan hisap dadah...hisap dada boleh!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 02:40 PM | Show all posts
Pegang tangan pun nak buka benang khas

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 03:19 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 27-4-2022 11:00 AM
Ikat kat betis dadah tu.  Bukan kene khianat.  Dia mengaku pehtu tak mengaku kalo tak silap.

oh yeke.
sbb baca kata kurg upayakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059026 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list