CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pallas raikan 50 anak yatim

[Copy link]
Post time 27-4-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

EPPIE bersama Ong dan Amira bergambar bersama penghuni Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang yang menerima sumbangan kasut jenama Pallas. - Gambar NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI

Georgetown: Pengedar kasut jenama Pallas, International Foot Wear (Penang) Sdn Bhd berkongsi kegembiraan Aidilfitri dengan menyampaikan sumbangan kasut kepada 50 anak yatim di Jalan Scotland di sini.

Seramai 35 penerima berusia lapan hingga 18 tahun itu terdiri daripada penghuni Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang, manakala 15 lagi adalah dari Wisma Yatim Lelaki Pulau Pinang.

Eksekutif Pembangunan Jenama Pallas Eppie Lee berkata, setiap penghuni terbabit menerima sumbangan sepasang kasut sebagai pelengkap pakaian di hari raya mereka.

"Ini adalah inisiatif Pallas dalam memberi kegembiraan kepada anak yatim supaya mereka turut berasa disayangi.

"Diharapkan dengan pemberian sumbangan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri mereka lebih bermakna terutama ketika dapat pulang ke kampung," katanya ketika ditemui di Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang, Jalan Scotland di sini.



ONG menyampaikan sumbangan kasut Pallas kepada penghuni.

Hadir sama adalah Pengurus Jenama Pallas Ong Chun An dan Penolong Penyelia Wisma Yatim Perempuan Pulau Pinang Amira Amiril.

Sementara itu, seorang penerima, Nurul Hawa Abdullah, 13, berkata, dia berterima kasih kepada Pallas kerana tidak lupa kepada penghuni rumah berkenaan.

Menurutnya, dia akan pulang ke rumah nenek di Cherok To'Kun, Bukit Mertajam untuk menyambut Aidilfitri nanti.

"Nenek saya tidak bekerja dan dengan sumbangan ini, tidak perlu lagi dia belikan kasut raya untuk saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aikan-50-anak-yatim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.279927 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list