View: 490|Reply: 0
|
Misi getir Anna, Mei Xing
[Copy link]
|
|
ANNA dan Mei Xing (kiri) akan berdepan beregu nombor satu dunia dari China esok.
Kuala Lumpur: Ujian besar menanti beregu wanita negara Anna Cheong-Teoh Mei Xing apabila mereka berdepan pilihan utama dari China, Chen Qing Chen-JiaYi Fan di pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila esok.
Terlebih dulu hari ini mereka tidak berdepan masalah menunjukkan jalan keluar buat pasangan India, Ashiwini Bhat-Shikha Gautam dalam aksi pusingan pertama di Kompleks Sukan Muntinlupa selepas menang 21-19, 21-12.
"Kami beraksi sedikit gementar dalam aksi pusingan pertama kerana angin di gelanggang sangat kuat dan sukar dikawal. Jadi kami perlu banyak fokus dengan kaki kami bergerak agresif untuk mengejar setiap pukulan supaya kami dapat kurangkan kesilapan.
"Secara keseluruhan kami agak gembira di atas persembahan hari ini. Esok lawan China memang aksi sukar buat kami. Kami dari ranking bawah cuba bersaing perlahan-lahan dengan pemain ranking lebih tinggi, jadi kami pun tidak terlalu tertekan, hanya berikan semua yang kami sudah berlatih sebelum ini. Semua orang ada peluang untuk menang dan kami akan buat yang terbaik dan tidak akan berputus asa," kata Mei Xing.
Pertemuan Anna-Mei Xing esok ibarat langit dengan bumi apabila mereka yang berkedudukan nombor 65 dunia perlu berdepan lawan di ranking nombor satu dunia.
Sementara itu pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren juga memberi alasan angin kuat di gelanggang berkenaan sehingga menyebabkan dia tumpas di set pertama ketika berdepan wakil Korea Selatan, Heo Kwanghee.
Bagaimanapun, dia yang akan menyertai skuad Piala Thomas bulan depan, berjaya bangkit semula di set kedua sebelum mencatat kemenangan 8-21, 21-10, 21-15.
"Saya agak bergelut dalam aksi set pertama. Angin di sebelah gelanggang saya terlalu kuat, titik kebangkitan saya bukan di set kedua tapi selepas 11 mata di set penentuan. Esok aksi getir buat saya apabila berdepan Jonatan Christie (Indonesia). Dia beraksi dengan baik sejak akhir-akhir ini," kata Daren.
Nasib tidak menyebelahi dua lagi wakil negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin (perseorangan lelaki) dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (beregu wanita). Aidil Sholeh terpaksa akur dengan pemain Taiwan Wang Tzu Wei selepas kalah 14-21, 21-9, 18-21, manakala Vivian-Chiew Sien tumpas kepada pilihan keenam dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 10-21, 13-21.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... getir-anna-mei-xing |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|