CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 3

[Tempatan] Saya ulang!!! Exco Negeri buat lawatan mengejut ke ladang babi tidak berlesen di Port Dickson. Penyembelihan berlaku walau ada wabak. Penjawat awam dihalang untuk jalankan tugas.

[Copy link]
Post time 29-4-2022 06:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kluangman at 29-4-2022 07:05 AM

https://www.freemalaysiatoday.co ... ladang-dikesan-asf/

PETALING JAYA: Aktiviti penyembelihan babi masih berlaku di ladang tidak berlesen, di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, Negeri Sembilan, walaupun sebelum ini berlaku kes Demam Babi Afrika (ASF).

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir, berkata pihaknya melakukan lawatan secara mengejut ke lokasi berkenaan pada dua hari lalu mendapati ada berlaku aktiviti penyembelihan babi di ladang berkenaan.

“Jadi, sebab itu saya minta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) segerakan membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Ada pihak nak buat ‘hide and seek’ dengan penjawat awam. Tak cantiklah…kena la ada integriti dan bersikap jujur,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Bakri turut menasihatkan kepada pihak berkaitan agar tidak mengambil undang-undang sendiri selepas difahamkan berlaku unsur menghalang tugas penjawat awam ketika melakukan pemeriksaan.

“Kita ada undang-undang dan kawasan itu tiada lesen untuk menternak babi dan saya akan ambil tindakan bersesuaian dengan undang-undang yang ada.

“Saya juga meminta orang awam supaya berhati-hati selain melaporkan kepada JPVNS dan pihak berkuasa di negeri ini jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menjual babi pada harga lebih murah,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira 2,000 ekor babi ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiti penyakit ASF di kampung itu, dipercayai dibawa keluar oleh pemilik ladang tanpa pengetahuan pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 10:01 AM | Show all posts
penjawat awam pon da kena sogok cmne nak ade intergriti
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:06 AM | Show all posts
bakar jela
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:27 AM | Show all posts
mercun banyak kan bakar je la cik bab sume tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.046228 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list