View: 8092|Reply: 127
|
Ramai Pilih Hidup 'Childfree', Tak Sedia Ada Anak & Faktor Kewangan
[Copy link]
|
|
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin mempunyai zuriat sendiri. Ada yang tidak sabar untuk mempunyai anak walaupun baru berkahwin dan ada juga yang merancang kehamilan di atas beberapa faktor tertentu.
Tetapi, sebenarnya ramai pasangan di luar sana beranggapan bahawa hidup mereka lebih selesa sekiranya tidak mempunyai zuriat.
Kini, di Indonesia timbul satu isu di mana ramai pasangan baru berkahwin membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak atau 'childfree'.
Sumber: Google Image
Baru-baru ini, satu perkongsian dimuat naik akaun Thebizin di Tiktok yang membincangkan mengenai isu ini.
'Childfree' menjadi satu fenomena apabila satu rancangan TV di Indonesia membahaskan tentang isu berkenaan dan berkongsi pendapat mengenainya.
Antara yang menyokong fenomena ini ialah penulis buku, Victoria Tunggono. Victoria dan pasangannya tidak mahu memiliki keturunan kerana merasakan mereka tidak bersedia selain faktor kewangan juga merupakan salah satu punca mereka membuat keputusan itu.
Sumber: Google Image
Bukan itu sahaja, seorang influencer terkenal di Indonesia iaitu Gita Savitri dan suaminya turut menyokong trend 'childfree'.
Walaupun sudah berkahwin selama empat tahun, pasangan ini berkata, mereka selesa hidup berdua sahaja. Bagi mereka, pilihan untuk mempunyai cahaya mata sendiri itu merupakan satu tanggungjawab besar. Mereka juga risau sekiranya tidak boleh bertanggungjawab dan akan menyusahkan anak mereka kelak.
Pada pendapat penulis, ada kebaikkan dan keburukan mempunyai zuriat sendiri. Banyak perkara perlu diambil kira sekiranya kita merancang untuk mempunyai anak. Yang penting, kita perlu hormat keputusan masing-masing. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramai jurhh especially kawan2 aku kat kl tu kalau boleh x nak anak pas kawen..tapi ada gak kawan aku tu terbabas dapat anak sorang terus x nak anak da..padahal keje bank jenama oversea yg laki plak ejen hartanah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah kahwin sah halal perhubungan tapi anak tak nak rugi laaaa
cuma risau masa hari tua nanti.
tapi kalau dapat anak tak menjadi lagi jadi beban pada hari tua nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukab benda baru banyak berlaku di negara maju |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 punya kemahuan siapa kita nak pertikai.kita bukan di tempat diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn faktor kewangan... tapi malas nak jaga anak kecik... takpe... faham.... rumah penjagaan warga emas ada je untuk korang dah tua esok..... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
HR aku dulu kutuk sorang staff ni "boleh eh anak doa sorang je"
Dalam hati Aku, lebih baik anak sorang dari kau anak berderet 5 ketul, anak2 tak reti duduk diam, mak pun jenis tak reti marah anak. Anak jerit2 bila tak dapat apa yg die nak.
Rengsa tengok mak bapak tak reti control anak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap iolss la kan. Dulu ada satu drama ni. Remy Ishak n Eja berlakon. Dorg ni laki bini. Pastu dorg decide tak nak ada anak. Family dorg ni lak slalu la tanya bila nak ada anak sume sampai dorg pun rimas. So, tiap kali raya dorg akan g obersi. Ada sekali tu dorg terpaksa beraya kat kampung sebab apa ntah. Ending dia iolss tak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu korang nk suruh couple tu berzina ke? Nabi Muhammad saw pun ada 13 isteri tapi 2 org je yg melahirkan anak untuk baginda |
|
|
|
|
|
|
|
SonicSiLandak replied at 29-4-2022 07:35 PM
bkn faktor kewangan... tapi malas nak jaga anak kecik... takpe... faham.... rumah penjagaan warga em ...
Kau rasa klu ada ank ramai nnt ank2 tu nk jaga mak ayh mereka ke?
Nnt mereka hantar mak ayh ke rumah org tua juga.
Xda beza la ada ank atau tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
ya.. betul cakap kau tu... contohnya ada sekor forumer tu... dia kata hukum faraid tak adil kat dia sbagai anak perempuan... rupanya mak ayah dia hidup lagi ada kat kampung dia tinggalkan sbb dia lari ke skandinavia... tapi tu la pel... aku bkn mcm kau jenis pukul rata.... lain orang lain cerita.. aku pun tak bantah pilihan diorang ni tak nak anak... |
|
|
|
|
|
|
|
2 abang ipar walaupun kaya raya, dedua tak mau anak... bini ok aje, tak kisah kot
suami pula jenis setia..
sorang tu kami ambil sebagai guardian untuk anak, happy sangat dorang, spoilkan my daughter betul.
sorang aje anak, memang lepas tu tak da nafsu langsung nak beranak atau ngandung.. memang tak ingin langsung...
dengan masa memang tahu jenis mak anak sorang aje, sebab sayang gila kat anak, tak rasa nak bahagikan kasih sayang.... |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 29-4-2022 12:33 PM
ramai jurhh especially kawan2 aku kat kl tu kalau boleh x nak anak pas kawen..tapi ada gak kawan aku ...
Kawan I sorang anak nak masuk 5 ni pun selalu cakap kat I enjoy jela life takde anak ni..ada anak ni bukan be all end all..gitu sekali sheols tertekan anak ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Childfree among family besar iolls ni mmg dah lama praktik. Kazen2 iolls yg kerja dlm bidang professional, mmg semuaaaa tiada anak. Straight forward bagi tahu mmg tak nak anak. |
|
|
|
|
|
|
|
dapat sorang pun jadi lah...doakan i pregnant this year ye... |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 29-4-2022 09:34 PM
Habis tu korang nk suruh couple tu berzina ke? Nabi Muhammad saw pun ada 13 isteri tapi 2 org je yg ...
Pencapaian terulung org melayu mmg wajib beranak kalau kawin. Tgk je la drama², happy ending kalau tak boyot terjerit² nk beranak mesti tgh dukung baby baru kluar |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak anak tapi tak de rezeki. Tunggu jela |
|
|
|
|
|
|
|
Im one of those childfree people.. |
|
|
|
|
|
|
|
aminnnn sistaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 3-5-2022 07:31 AM
Pencapaian terulung org melayu mmg wajib beranak kalau kawin. Tgk je la drama², happy ending kala ...
Kaum Mulayu mmg bgitu, hri ni khwin, esok msti dh 9 bulan pregnant, bru lh dorg suka. Nnti bru branak, org dh pksa sruh pregnant lgi, gila bngsa Mulayu klau psl branak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|