View: 1112|Reply: 7
|
"Selangor Ada Chef Ammar, Kelantan Ada Syahmi Sazli" - Sanggup Beratur Untuk Air Viral
[Copy link]
|
|
Sepanjang Ramadan tahun ini, begitu banyak makanan dijual di bazaar yang tular dek kerana dikongsi netizen. Alhamdulillah, rezeki kepada penjual semua.
Antara juadah berbuka puasa yang mendapat sambutan netizen adalah nasi Arab daripada Cef Ammar Ali. Setiap tahun, pasti ramai pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi Arab dijualnya.
Baru-baru ini, YouTuber dan pengarah terkenal Syahmi Sazli pula menjadi tular sejak beberapa hari ini kerana air dijualnya sehingga pelanggan yang datang sanggup beratur panjang.
Menerusi video yang dikongsikan Syahmi di akaun Instagram miliknya, kelihatan pelbagai jenis air yang dijual. Salah satunya adalah air strawberi yang nampak begitu enak diminum. Hilang dahaga puasa seharian!
Syahmi juga meluahkan rasa syukurnya apabila jualan air mendapat sambutan sehingga habis 860 tin susu. Oleh kerana ramai yang datang dari jauh untuk merasa air yang dijualnya, Syahmi berjanji akan meningkatkan pengeluaran air itu supaya semua dapat merasanya.
Netizen juga memuji air yang dijual Syahmi kerana tidak mudah tawar atau basi, malah boleh diminum sehingga ke sahur. Tidak sia-sia beratur panjang kan? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg melayu ni pelik kan..yang kedai herlok proper dia ckp mahal rege yahudi..tp yang jual tgh panas tepi jln harga cekik darah siap ketibus dia ok plak..lol |
|
|
|
|
|
|
|
860 tin susu
170 beg ais
30kg strawberi
23 pekerja
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ke tidak air dia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu ni bab buang masa beratur panjang semata untuk ‘try’ memang no 1. Jem berbelas jam balik kg pun takde menda. |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu kedai teh Beng sebelum nasi kerabu Su ketereh tu, padu teh Beng dia . plastik besar rm3. air2 balang area Bachok 3 bungkus besar rm5. paduuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
alah nasi chef ammar tu kan ada restoren dia. bila2 masa pun leh pergi lepas raya nanti. tak nak lah ak berbaris dari kol 11 semata2 nak dpt nasi dia.
kol 11 og beratur, kol 2 baru diaorg dtg niaga...org bulan puasa berlumba2 buat amal ibadat. tp kat malaysia terbalik ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|