CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 1

[Jenayah] Pengurus rugi RM444,600 diperdaya Macau Scam

[Copy link]
Post time 29-4-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

RANAU: Seorang pengurus pusat pelancongan di sini, kerugian RM444,600 selepas terpedaya dengan kegiatan penipuan Macau Scam, pada 6 April lalu.

Lelaki berusia 35 tahun itu hanya menyedari ditipu sindiket berkenaan selepas membuat pemindahan wang ke beberapa akuan tidak dikenali sebelum membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, berkata kejadian berlaku selepas mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah.

Katanya, suspek memaklumkan nama mangsa digunakan untuk membuka satu syarikat dan mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM26,000.

"Mangsa yang menafikan terbabit dalam syarikat berkenaan kemudian disambungkan ke pejabat polis Kedah dan bercakap dengan seorang lagi suspek mengaku Sarjan Tengku Iskandar.

"Suspek terbabit mendakwa mangsa tersenarai dalam kegiatan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Simiun berkata, mangsa kemudian disambungkan pula kepada seorang lagi pegawai atasan mendakwa boleh membatalkan waran tangkap, namun mangsa perlu memasukkan sejumlah wang ke akaun diberikan.

Katanya, mangsa yang terpedaya terus menuruti arahan berkenaan dan mendepositkan wang ke beberapa akaun secara berperingkat.

"Mangsa turut membuat pemindahan wang sebanyak RM68,300 ke akaun suspek sebelum mulai curiga selepas terus diarahkan memasukan RM216,000 ke akaun seterusnya.

"Mangsa terus membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Simiun berkata, kejadian berkenaan kes ketiga dilaporkan berlaku di daerah ini membabitkan modus operandi sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Modus operandi yg serupa dr dulu lg tapi tttp x dpt hapus jenayah kolar putih ni menyebabkan i suspect ada kayangan or vvip yang terlibat  .kat msia ni..ikan bilis blh tangkap tapi bapak jerung dibiar hidup bebas sebebasnya....apalah nak jadi dgn msia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050131 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list