CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 1

[Jenayah] Pembantu Tadika KEMAS rugi RM10,450 ditipu iklan jual beli emas

[Copy link]
Post time 29-4-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JEMPOL: Seorang pembantu Tadika KEMAS kerugian RM10,450 akibat terpedaya dengan iklan jual beli emas yang dilihatnya di laman Instagram.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 35 tahun, melayari laman Instagram berkenaan pada jam 9 malam 24 April lalu.

Katanya, mangsa kemudian berminat membeli dua utas rantai leher sebelum berhubung dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp.

"Mangsa terpedaya kerana suspek berjaya meyakinkannya mengenai jual beli emas berkenaan.

"Tidak sampai 10 minit berbual di aplikasi WhatsApp, mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM8,450 ke dalam akaun milik seorang lelaki.

"Mangsa sekali lagi membuat pemindahan wang pada 25 April berjumlah RM2,000 ke dalam akaun bank milik seorang wanita," katanya di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa diminta membuat pembayaran RM3,000 lagi semalam, namun tidak berbuat demikian selepas menyedari ditipu.

Sementara itu, seorang tukang masak berusia 41 tahun kerugian RM8,750 selepas menjadi mangsa penipuan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC).

Chang Hook berkata, mangsa pada 26 April lalu menerima panggilan telefon memaklumkan mangsa ada menempah empat set pizza berjumlah RM100.

Katanya, mangsa menafikan membuat tempahan dan kemudian mematikan talian telefon, namun selepas itu mendapat dua mesej TAC daripada bank mangsa.

"Mangsa kemudian menghubungi pihak bank dan mendapati wang milik mangsa berjumlah RM8,750 sudah dipindahkan ke akaun lain.

"Siasatan awal mendapati mangsa diperdaya mengenai nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbitnya sebelum suspek menghubungi mangsa kononnya tersalah hantar nombor berkenaan kepada mangsa," katanya.

Chang Hook berkata, kedua-dua mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 09:13 AM | Show all posts
kesiannya.. kadang bukan tak berhati2 ..mungkin bila dapat panggilan atau apa ja..kita dlm keadaan sibuk atau apa, jadi tak perasan benda2 ni scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.117686 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list