CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Tempatan] Pulis benarkan main meriam kalau ada permit?

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA KANGSAR- Komuniti di Kampung Talang di sini, dinasihatkan untuk memohon permit polis sekiranya mahu meneruskan tradisi bermain meriam pada ambang 1 Syawal nanti.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, tanpa permit, individu yang bermain atau memiliki meriam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi tujuan itu.

"Kita menasihatkan supaya mohon permit kerana mereka mengendalikan bahan letupan yang memerlukan kebenaran polis.

"Polis mengambil perhatian perkara ini tambahan ia merupakan satu tradisi namun, sebaiknya mohonlah permit bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Beliau ditemui media pada pelancaran Pertandingan Pesta Panjut Parlimen Kuala Kangsar yang disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid di Simpang Penaga di sini pada Khamis.

Dentuman meriam besi merupakan cara unik penduduk Kampung Talang di sini, untuk menyambut Aidilfitri sejak tahun 1930-an.

Bahan karbaid digunakan sebagai bahan bakar bagi aktiviti itu.

Bedilan meriam terbabit boleh didengari penduduk sejauh lima kilometer itu telah terhenti sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Tradisi turun-temurun itu dijangka akan diteruskan malah lebih meriah tahun ini berikutan pelaksanaan protokol baharu prosedur operasi standard (SOP).

Sumber Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049666 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list