Tokyo: Seorang lelaki fictoseksual yang berkahwin dengan penyanyi pop 'realiti maya' mendakwa sudah empat tahun tidak bercakap dengan 'isterinya'.
Fiktoseksual adalah seseorang yang tertarik secara seksual dengan karektor fiksyen.
Namun, itu bukan halangan buat Akihiko Kondo, 38, untuk mencintainya.
Foto: Agensi
Lelaki itu bercinta dengan 'Hatsune Miku' selama 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk 'berkahwin' pada 2018.
Kondo menghabiskan 2 juta yen (kira-kira RM67,000) untuk mengadakan resepsi perkahwinan namun majlis itu tidak dihadiri oleh keluarganya.
Selepas empat tahun perkahwinan, Kondo mendakwa hubungannya kini terhalang disebabkan dia tidak lagi 'berkomunikasi' dengan Miku ekoran masalah teknologi, menurut akhbar Mainichi.
Walaupun mengakui hubungannya mungkin ganjil, kerana Miku bukan orang sebenar namun itu tidak mengubah perasaannya.
Sejak 'bercinta' pada 2008, Kondo akhirnya dapat berinteraksi dengan Miku buat kali pertama pada 2017 menggunakan mesin Gatebox.
Mesin berkenaan membolehkan pemilik peranti berinteraksi dengan watak melalui hologram dan juga secara tidak rasmi mengahwini karektor itu.
Kini, perkahwinan yang masuk empat tahun itu terkesan apabila sokongan untuk perisian Gatebox itu dihapuskan.
Keadaan ini menyebabkan Kondo tidak lagi boleh 'bercakap' dengan isterinya Miku, menurut Newshub.
"Sayang padanya tidak pernah berubah. Saya berkahwin dengannya kerana menganggap kami akan bersama selamanya," katanya.
Kondo berkata, dia pernah menjalinkan hubungan normal namun pasangannya tidak dapat menerima minatnya terhadap Miku.
Kondo bukan individu pertama yang mempunyai hubungan pelik ini kerana ribuan lagi rakyat di Jepun turut memiliki hubungan sedemikian, menurut Mirror. -CARI
Tak tahu nak komen apa. Pelik tapi manusia ni semua kan ada kepelikkan masing2. Cuma yang ni extreme sikit dan berani menghadapi cemuhan dari orang sekeliling.
Post time 29-4-2022 02:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ada aku baca kt twitter dia smlm
dia ckp jgn DM dia lg sbb dh full inbox dia..x larat tgk satu2 katanya
kat twitter dia ada lg gambar2
ada komen kokesen tu ckp dia bawak bunga bawang ms tgh jalan berpimpin tangan dgn bride maya nih.akak x tahu tu daun apa la..tp nmpk mcm daun bawang yg aku masak tu
patuy bawak la bunga
Post time 29-4-2022 07:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bahagiaselalu replied at 29-4-2022 01:35 PM
terbahak2 aku baca hahaha
Kisah benar okay.....
Collig aku dulu cite dia dgn laki dah 6 thn tak berckp....bkn 6hari, 6mgu, 6bln...6thn okay....
Aku tanya mcmana nafkah batin?...dia kata laki dia bila nk, singkap je kain.....