View: 4339|Reply: 26
|
[Dunia]
DJ Soda diarah tanggal seluar di khalayak ramai. Berpakaian tidak sopan, kata American Airlines
[Copy link]
|
|
DJ Soda diarah tanggal seluar di khalayak ramai
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -di-khalayak-ramai/
Oleh KOSMO!
29 April 2022, 12:41 pm
KAKITANGAN American Airlines mengarahkan DJ Soda menukar seluarnya kerana memaparkan perkataan yang tidak sopan. - Twitter
BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang deejay Korea Selatan mendakwa dirinya dimalukan oleh petugas syarikat penerbangan American Airlines yang memaksanya membuka pakaian dan berdiri dalam keadaan separuh bogel di khalayak ramai kerana memakai seluar tidak sopan, lapor portal berita MailOnline.
DJ Soda, 36, atau nama sebenarnya Hwang So-Hee, menaiki penerbangan American Airlines dari New York ke Los Angeles Selasa lalu. Sebelum berlepas, dia didatangi oleh seorang pramugari yang memintanya meninggalkan pesawat serta-merta.
Ahli muzik itu mendakwa dia diberitahu bahawa seluarnya yang tertera perkataan ‘fxxk’ adalah tidak sopan. Dia terkejut apabila seorang kakitangan memaksanya menanggalkan seluar itu di hadapan penumpang dan kakitangan lain.
Soda mendakwa dia meminta untuk menukar seluar di dalam bilik air tetapi tidak dibenarkan. Sebaliknya, dia terpaksa berdiri separuh bogel di tepi pintu ketika beberapa kakitangan lain memerhatikannya.
Akhirnya dia dibenarkan masuk semula ke dalam pesawat dengan memakai seluar secara terbalik. Pengalaman itu membuatnya dia trauma.
Dalam satu kenyataan, American Airlines memaklumkan bahawa polisi syarikat berkenaan melarang mana-mana penumpang berpakaian tidak sopan.
“Semasa Pesawat 306 memuatkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (JFK), kakitangan kami memaklumkan So-Hee mengenai polisi syarikat dan memberi peluang untuk dia menukar seluarnya kerana memaparkan perkataan jelik.
“Pelanggan itu mematuhi arahan dan dibenarkan menaiki pesawat seperti dirancang, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX),’’ jelas syarikat tersebut.
Kisah DJ Soda mendapat beribu-ribu ciapan di laman Twitter setelah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen lain. – Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya staff American Airlines tu bagi kain batik untuk DJ ni pakai.
Macam nyonya2 seksi yang nak berurusan di kaunter gomen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang korea ingat dah jadi modern western masuk US pakai seluar tulis fuck sekali orang US ingat kan balik adat ketimuran tu lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
cash lah taknak ikut peraturan siapa suruh.
kalau dengan petugas melayu bole la ko nak negotiate, ni kokesen mmg tak bagi muka lah. apatah lagi ko orang korea ada rupa paras leluhur PRC. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... emerika erlain dah mula buang perangai2 bangsa etis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu kena sentiasa alert peraturan ditempat orang apa yang boleh apa yang tidak. Boleh ditempat sendiri belum tentu lepas ditempat orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik bukan di spital gomen malaysia. Kalau tak, dg terpaksa minta maaf.
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya.... bertemu buku dengan pensil.. keseskisan dan godaan dj soda telah kalah dengan peraturan kapal terbang... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tak boleh blah, sheolls kata dimalukan sebab suruh tanggalkan seluar tu depan orang ramai. Tapi orang cakap, kita sebagai netizen kena use common sense, nak percaya ke apa sheolls cakap?? Bukan nya takde restroom utk sheolls tanggal pakaian. Sebab bukannya sheolls wanted bawak bom! Sheolls menyeksi sampai nak telanjang, eh boleh pulak. Pihak airlines suruh jangan pakai seluar yg ada tulisan inappropriate tu, suruh tanggalkan (baca "tukar kepada pakaian lain", bukannya suruh tanggal bogel kat situ) sheolls triggered pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
orang asia kaya dengan adab ketimuran
xmacam org barat bagsa barbarian no boundary
|
|
|
|
|
|
|
|
lain mcm gambar....terbaiklah abis pahala aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak memaki mencarut sangat tulis lah dalam bahasa Korea. dah ko tulis in English memang nak suruh orang baca kan? AA senyum sinis ja
btw kalau brand FCUK tu OK kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Soda mendakwa dia meminta untuk menukar seluar di dalam bilik air tetapi tidak dibenarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 29-4-2022 06:30 PM
Mmg selalu ko pkai bra n hot pants je kn tetibe jd taliban pulak feeling half naked..
Yg jacket tu pnjg je.. lg pnjg dr hotpants yg ko selalu pakai..
Naik private lain kali.. pakai spender je pun boleh..
Lizzo |
|
|
|
|
|
|
|
T-shirt tidak sopan dibawa bersolat..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. Masuk negara orang dengan tidak beradab. Kau ingat orang akan respect kau. Kau ingat yg naik flight tu tak ada budak-budak? Mak bapak mesti akan tak suka apabila perkataan mencarut ditayang kepada anak mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
ceh...memalukan la sgt. iols baru nak hencap kot ye pun x bg masuk flight tu, bg la dia tuko seluar lain. sekali bila gugel, pic2 nya katup nipple dgn miss v sikit jah. |
|
|
|
|
|
|
|
holy smokes Beskot!!! --belas tahun gak tak reply post ko Beskot --
ahhhh pasal cadang bagi kain batik -- alang2 dah DJ pakai tu
gi ler kuar duit rm2 jota kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Korea China Taiwan Hongkong Jepun muka photostat lebih kurang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|