CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5443|Reply: 67

[Tempatan] Dari kota cinta ke kota neraka:Penuh dengan penyeluk saku professional lelaki ini hilang 15k di kota Paris

[Copy link]
Post time 2-5-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 2-5-2022 09:15 PM

Kali pertama menjejakkan kaki ke kota Paris, sudah pastinya penulis amat teruja apatah lagi untuk menyempurnakan tugasan diamanahkan oleh Bernama.

Namun, pengalaman kali pertama penulis ke kota Paris tidak seindah disangka malah ia berakhir dengan kedukaan.

Bukannya ibu negara Perancis itu tidak memenuhi keunggulannya sebagai ‘Kota Cinta’ atau ‘Kota Cahaya’, malah bukan juga disebabkan tarikan metropolis yang tidak memikat.

Tapi, kerana penulis ditimpa malang apabila beg sandang miliknya telah dicuri tanpa disedari.

Kejadian berlaku ketika penulis sedang menikmati makan malam bersama dua rakan dari Jepun dan warga tempatan di sebuah restoran.

Ketika di meja makan, penulis telah meletakkan beg sandang yang didalamnya ada MacBook baharu dan dompet berisi wang tunai kesemuanya bernilai lebih RM15,000 dan juga pasport.

Dan penulis hanya menyedari beg sandang itu tiada di tempatnya apabila hendak membayar bil makan malam.

Lebih mengejutkan, tiada seorang pun daripada kami mahupun pelanggan dalam restoran itu melihat mana-mana individu mengambil beg sandang milik penulis.

Ketika itu barulah terfikir sepatutnya penulis melilitkan tali beg pada kaki atau kaki kerusi dan kunjungan ke kota Paris mengundang kedukaan buat diri penulis.

Berikutan kejadian malang itu, penulis perlu memohon sijil kecemasan di Kedutaan Malaysia di sana bagi membolehkan penulis pulang ke tanah air.

Seorang petugas di kedutaan memberitahu bahawa sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia hilang pasport atau kad pengenalan di Paris setiap hari terutama ketika mereka bercuti ke kota itu pada musim panas.

“Begitulah boleh digambarkan teruknya kejadian penyeluk saku di sini (di Paris). Kami sentiasa menerima IC (kad pengenalan) atau pasport yang hilang dihantar ke sini (kedutaan),” katanya.

Petugas terbabit juga tidak terlepas daripada insiden malang apabila pernah menjadi mangsa penyeluk saku ketika minggu pertama bertugas di sana.

“Ia kejadian normal di sini (Paris). Banyak rakyat Malaysia sama ada disamun atau menjadi mangsa penyeluk saku dan kad pengenalan (dokumen pengenalan diri) dan pasport mereka dibuang ke suatu tempat oleh pelaku yang kemudiannya ditemukan oleh orang lain dan menghantarnya ke kedutaan,” katanya.

Namun, dalam kes penulis, rasanya pencuri bukan penyeluk saku biasa. Penulis berpendapat ‘tugasan’ itu dilakukan secara berpasukan oleh penyamun berpengalaman kerana ia berlaku dalam sebuah restoran hebat, yang mana anda perlu menunggu sebelum dibawa ke meja makan.

Menurut seorang pegawai polis Perancis yang ditemui ketika membuat laporan (namanya enggan disiarkan), jenayah seperti ini bukan sahaja berleluasa di Paris tetapi di kebanyakan bandar pelancongan lain di Eropah.

Menurut pegawai itu, polis Perancis percaya jenayah berkenaan dilakukan oleh satu sindiket dari Amerika Selatan.

Malah katanya, polis Perancis telah menubuhkan satu unit khas bagi menangani penjenayah dari Amerika Selatan itu


Sasaran mereka adalah pelancong dan mereka (penjenayah) sering bergerak dalam kumpulan. Mereka hanya berada di bandar tertentu untuk beberapa hari dan bergerak ke bandar lain selepas mengumpul hasil rompakan yang akan dijual di bandar lain.

“Mereka ini profesional. Mereka berpakaian kemas, kadangkala lebih baik daripada orang biasa dan bertindak seperti pelancong, peniaga atau penduduk tempatan. Mereka sering menyasarkan warga asing dan tempat seperti hotel, lapangan terbang dan tempat awam,” katanya.

Pihak polis bagaimanapun tidak menaruh harapan tinggi bahawa pencuri yang merompak penulis akan ditemukan dan mencadangkan kepada penulis untuk membuat tuntutan insurans, sekurang-kurangnya mampu menampung kerugian dialami.

Yang pasti, ia adalah ‘pengalaman Perancis paling mahal’ buat penulis. Ia menjadi pengajaran kepada penulis dan berharap dapat membuka mata mereka yang ingin ke kota Paris.

https://www.bernama.com/v2/bm/am/news.php?i...hTF6xaY.twitter

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pastinya anjing berak merata

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 2-5-2022 10:18 PM

Pihak polis bagaimanapun tidak menaruh harapan tinggi bahawa pencuri yang merompak penulis akan ditemukan dan mencadangkan kepada penulis untuk membuat tuntutan insurans, sekurang-kurangnya mampu menampung kerugian dialami.


Teruk sangat kalau polis Perancis kalau tak mampu buat apa2. Kena banteras dari akar umbi. Takut lama2 pelancong boikot Paris. Polis deyols ni tak menyamar jadi pencopet ke? Aku percaya pencopet ni ada yg bersindiket.

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2022 10:11 PM | Show all posts
hmm, satu benda yg lazim dan sinonim dengan kota ini. Lain kali tak payah lah gi Paris.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
paris mmg worst.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
benda ni bkn baru lg. mmg tersgt licik geng2 dorg tu. penulis ni cuai letak beg cenggitu je mcm ko dok bcuti kt jepun. sepatutnye ko bace bebyk tips org yg rajin pegi sane tu. bkn fefeeling pegi situ mcm dlm novel. silap kt ko gak penulis. kota cinta paris yg konon gah tu bkn takat terkenal dgn kes seluk menyelok ni, malah berbau hancing naharom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Europe big cities semua pro dorang punya pickpockets. Bukan Paris jer. Keluar dari money changer pun kena hati2. Duit tak boleh keluar kan sembarangan sebok nak kira duit tepi jalan apa lah. Biasa big cities lah banyak malaun ni. Pekan2 kecik boleh rilek sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2022 10:53 PM | Show all posts
namieamuro replied at 2-5-2022 10:32 PM
benda ni bkn baru lg. mmg tersgt licik geng2 dorg tu. penulis ni cuai letak beg cenggitu je mcm ko d ...

jika si tongkang mereka aku buat ripot palsu kena curi- takan takde CCTV sgai bukti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kota cinta la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
oh ada macbook. asalnya pelik jugak takkan bawak sampai 15k@ 3k++ euro merata.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Paris, kota hancing kencing.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Paris tu actually is a very sad city. Dengan immigrants malas keje, buat keje mencurik. Somi aku kena tiris jari ngan pisau sebab diaper bag sangkut kat stroller. Yang locals pulak senyum pun susah waima ko beli barang dari kedai depa. They behave like we friggin owe them.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 01:59 PM | Show all posts
Satu dunia pun tahu France, Italy & Spain ni lubok pencopet bangsa gypsy mata biru namun manusia tetap berhimpit juga nak ke sana. Penulis ni baru kuar gua ka?

Korang yang menyimpan hasrat nak ke sana, pertama rajin2lah tengok you tube. Kedua, jangan sekali rasa selesa - perlu ada buddy yang remind sebab ada 2 saat kita terleka dan masa tu kita kena. Bercakap dari pengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg laju pencopet sana buat kerja... sgt pro kita smpi tak perasan... terduduk la  ko kalau 1st day smpi dh kena seluk
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyeluk saku kat Paris ni biasanya orang Roma gypsy. Kalau terkantoi, pandai pula dia panggil geng-geng dia. Hati-hati yang nak g Paris tu, mmg geng penyeluk saku kat sana well trained.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 3-5-2022 07:38 AM
oh ada macbook. asalnya pelik jugak takkan bawak sampai 15k@ 3k++ euro merata.

Kan.. zaman cashless bwk duit berkoyan mmg fishy Doesn’t make sense.. ke propa? Mcm la kt Paris takde autoteller…mcm la kat bilik xde safety box.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Restaurant tu xde CCTV ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku belajar kt france die cakap paris tu banyak taik anjing je
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Stay kat hotel area city. Mudah untuk bergerak dan shopping. Elakkan naik subway......aku ambik taxi kalau g  tempat yang bukan walking distance. Kena alert dan pandai2 simpan cash cards pssport etc. Even tempat makan pun kena make sure secure dari manusia lalu lalang. Pickpocket sana memang pro
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2022 05:04 PM | Show all posts
aku tak rasa teringin nak ke kota paris

tapi sekadar knowledge nak tau gak la apa tip2 utk elak penyamun ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.247811 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list