CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1217|Reply: 5

Maut Dilibas Anak Saudara Dengan Mesin Pemotong Rumput

[Copy link]
Post time 4-5-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat dilibas dengan mesin pemotong rumput oleh anak saudaranya di sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Selasa.


Dalam kejadian itu, mangsa berusia 51 tahun dikatakan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.




Gambar hiasan




Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 4 pagi.


Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk didapati sedang bergaduh dengan suspek lelaki berusia 34 tahun di hadapan rumah kerana perselisihan faham.


"Akibat pergaduhan itu, suspek didakwa mengambil mesin rumput lalu melibas ke arah kaki mangsa hingga lelaki itu mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kiri.


"Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa untuk mendapatkan rawatan ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.


Beliau berkata, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Katanya, siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa memburukkan namanya kepada penduduk kampung.


"Berdasarkan semakan, suspek bekerja sebagai mekanik motosikal mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.


"Manakala mangsa yang tidak bekerja mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau juga membabitkan jenayah dan penyalahgunaan dadah," katanya.




Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti kena arteri utama tu
Ape ke nmnya lupe dah

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 02:13 PM | Show all posts
Waktu berhariraya sedang rancak beberapa hari ni, mangsa tentulah bukan yg wajib berpuasa dn berhariraya kan?  Katanya juga bergaduh dlm keadaan mabuk.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 03:47 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 4-5-2022 01:04 PM
Ni mesti kena arteri utama tu
Ape ke nmnya lupe dah

jugular?

Dua2 mmg ade kes lampau eh deme ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
2-2 ada rekod kes dadah.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak rasa melayu...mesti indian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072190 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list