CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 739|Reply: 17

[Dunia] Korea Utara lancar peluru berpandu ke Laut Timur

[Copy link]
Post time 4-5-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Korea Utara lancar peluru berpandu ke Laut Timur


KOREA Utara didakwa melancarkan peluru berpandu ke Laut Timur. FOTO AFP

Seoul: Tentera Korea Selatan mendakwa, Korea Utara melancarkan peluru berpandu.

Perkembangan itu seminggu selepas pemimpin Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan senjata nuklear Pyongyang, pada kelajuan sepantas mungkin.

Ia adalah pelancaran terbaharu siri ujian senjata Korea Utara yang melanggar sekatan, setakat tahun ini, dan dibuat selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan memberi amaran bahawa Pyongyang sedang bersedia untuk meneruskan ujian nuklear.

Ketua Turus Korea Selatan dalam satu kenyataan mengesahkan satu peluru berpandu balistik dilepaskan Korea Utara dari sekitar Sunan ke arah Laut Timur (Laut Jepun), hari ini.

"Pada masa ini, tentera kita mengekalkan posisi siap sedia dengan menjejak dan memantau pergerakan berkaitan sebagai persediaan untuk pelancaran tambahan," katanya.

Pengawal Pantai Jepun juga berkata, Korea Utara berpotensi melancarkan peluru berpandu balistik.

Negara bersenjata nuklear itu melancarkan kembali dramatik kepada pelancaran jarak jauh pada Mac untuk menguji tembakan pada jarak penuh peluru berpandu balistik antara benua yang paling berkuasa yang mungkin boleh sampai ke benua AS.

Ujian sedemikian dihentikan sementara ketika Kim bertemu dengan Presiden AS Donald Trump untuk mengembalikan hubungan diplomasi yang runtuh pada 2019.

Perbincangan terhenti sejak itu, dan walaupun dikenakan sekatan, Korea Utara menggandakan usaha pemodenan ketenteraannya.

Kim juga memberi amaran dia boleh menggunakan kuasa nuklearnya untuk menentang pasukan musuh pada pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera minggu lalu.

Ujian senjata terbaharu dibuat hanya beberapa hari sebelum presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol, yang berikrar pendirian lebih tegas terhadap Korea Utara, untuk mengambil alih jawatan minggu depan.

Hong Min dari Institut Korea untuk Penyatuan Kebangsaan berkata, Yoon membayangkan beliau hanya bersedia bercakap tentang keamanan jika Korea Utara mengesahkan bersedia untuk menghapuskan nuklear sesuatu yang tidak akan diterima Pyongyang.

"Ia boleh menjadi mesej amaran kepada... Yoon.

"Ia juga memberi isyarat kepada pendirian Pyongyang mereka tiada pilihan selain meningkatkan lagi senjatanya jika Seoul dan Washington memutuskan untuk menempatkan aset ketenteraan strategik ke Selatan," katanya.

Presiden AS, Joe Biden dijangka mengadakan lawatan ke Korea Selatan bulan ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... pandu-ke-laut-timur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 05:50 PM | Show all posts
Panjang umur si gemokk, baru aku tulis psl dia kat thread putinn
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 4-5-2022 05:50 PM
Panjang umur si gemokk, baru aku tulis psl dia kat thread putinn

Rakyat beliau dah cukup derita dah...nak melawan semua x berani...x de ke tukang masak dia masukkan racun dlm makanan beliau eh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:58 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 4-5-2022 05:53 PM
Rakyat beliau dah cukup derita dah...nak melawan semua x berani...x de ke tukang masak dia masukka ...

Dorg takutt noor klu dot takgkap mampus kena siksa. Rasanya kitchen utk prepare makanan si gems ni pun mesti ada CCTV. Dictator mcm si gems n putin ni dorg pun takut kena bunuh dgn org sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 4-5-2022 05:58 PM
Dorg takutt noor klu dot takgkap mampus kena siksa. Rasanya kitchen utk prepare makanan si gems ni ...

Tapi orang korea mmg ganas2...tengok filem gangster lakonan Ma Dong Seok@ Don Lee...ganas2 giler..tapi best....noor dah jd peminat Ma Dong Seok...tapi filem gangster la...best...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:12 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 4-5-2022 06:01 PM
Tapi orang korea mmg ganas2...tengok filem gangster lakonan Ma Dong Seok@ Don Lee...ganas2 giler.. ...

Aku ssorg pun tak kenal pelakon korea noor. Tp baru ni hb aku tgk cita korea kat netflix tumpang sekakilah, cita lawan2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 4-5-2022 05:53 PM
Rakyat beliau dah cukup derita dah...nak melawan semua x berani...x de ke tukang masak dia masukka ...

Akak syak tukang masak dia kena rasa dulu makanan yang dia masak depan2 si gemuk tu sis.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 4-5-2022 06:12 PM
Aku ssorg pun tak kenal pelakon korea noor. Tp baru ni hb aku tgk cita korea kat netflix tumpang s ...

Ma dong sok ni kalau tak silap akak yang berlakon kat eternals tu sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-5-2022 06:17 PM
Ma dong sok ni kalau tak silap akak yang berlakon kat eternals tu sis.

Yer betulll.....pandai
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:25 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 4-5-2022 06:12 PM
Aku ssorg pun tak kenal pelakon korea noor. Tp baru ni hb aku tgk cita korea kat netflix tumpang s ...





Tengok ni best....
Hehe...yg gumuk ni Ma Dong Seok...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:28 PM | Show all posts
pooh~key replied at 4-5-2022 06:17 PM
Ma dong sok ni kalau tak silap akak yang berlakon kat eternals tu sis.



oh iya ke tp aku mmg tak blh kenal lc puak2 korean ni sbb tak minat. Sis poh key selamat hari raya maaf zahir batin
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 4-5-2022 06:28 PM
oh iya ke tp aku mmg tak blh kenal lc puak2 korean ni sbb tak minat. Sis poh key selamat hari ra ...

Hohoho selamat hari raya sis oren oiii…. Walaupun akak puasa olok2 sis. Kohkohkohkoh. Sis beraya kat dlam malaysia ke ober the sea sis?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:37 PM | Show all posts
pooh~key replied at 4-5-2022 06:33 PM
Hohoho selamat hari raya sis oren oiii…. Walaupun akak puasa olok2 sis. Kohkohkohkoh. Sis beraya  ...

Terima kasih sis poh key. Alah samalah kita, kita tak puasa jugak beraya kat ober the sea sis, semalam last makan rendang yg tinggal dr hari isnin tu.. Tapi jap lagi ingat nak masak rendang skit, hb suka sgtt. Sis poh key raya kat mana ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 4-5-2022 06:37 PM
Terima kasih sis poh key. Alah samalah kita, kita tak puasa jugak beraya kat ober the sea sis ...

Akak beraya kat pahang darul kampung halaman tokti sis. Kat lipis agitchhewww sis. Kohkohkohkoh.

Rendang kau ala2 fusion style ala2 mix eropah atau classic lagenda nusantara segitu sis oren? Macam sodap pulak akak bayangkan rendang makan dengan spagethi sis. Wow sis!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 4-5-2022 06:37 PM
Terima kasih sis poh key. Alah samalah kita, kita tak puasa jugak beraya kat ober the sea sis ...

Wahhh tahniah hubby suka masakan rendang oren....mesti sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:52 PM | Show all posts
pooh~key replied at 4-5-2022 06:43 PM
Akak beraya kat pahang darul kampung halaman tokti sis. Kat lipis agitchhewww sis. Kohkohkohkoh.
...

Masih lagi mengekalkan citarasa nusatara sis walaupun taklah lengkap pakejnya. Rendang aku takde lengkuas, kerisik n daun kunyit. Tapi aku ganti dgn coriander leaf n daun limau perut yg dikeringkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 10:34 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 4-5-2022 06:25 PM
Tengok ni best....
Hehe...yg gumuk ni Ma Dong Seok...

Ni yg pelakon train to busan jugak kan? Yg jadi husband perempuan ngandung tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hashashes replied at 4-5-2022 10:34 PM
Ni yg pelakon train to busan jugak kan? Yg jadi husband perempuan ngandung tu

Ya...beliyau lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.129647 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list