CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1004|Reply: 5

[Tempatan] Lebuh raya mulai sesak, warga kota kembali

 Close [Copy link]
Post time 4-5-2022 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Lebuh raya mulai sesak, warga kota kembali


Kenderaan dari Bentong menuju ke Plaza Tol Gombak mula meningkat petang ini. - Foto NSTP/Genes Gulitah

KUALA LUMPUR: Kenderaan menuju ke ibu negara menggunakan lebuh raya mula meningkat petang ini dengan kesesakan dilaporkan di beberapa lokasi untuk perjalanan dari utara, timur serta selatan.

Setakat jam 4 petang tadi, kesesakan hampir 2 kilometer dilaporkan berlaku di Leburaya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dari Kilometer (KM) 78.3 hingga ke Plaza Tol Karak.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata pihaknya mengesan peningkatan jumlah kenderaan menghala ke ibu negara dengan kesesakan turut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK)

"Setakat jam 4.10 petang, kesesakan trafik sepanjang 14.3 kilometer dikesan berlaku Kilometer (KM) 76.9 hingga KM62.6 laluan Karak - Bentong.

"Kesesakan sepanjang 2.2 kilometer turut dikesan berlaku di KM 61.7 hingga 59.5 laluan Bentong - Lentang), manakala kesesakan 4.9 kilometer juga berlaku di KM58.4 hingga KM53.1 Lentang menghala ke ibu kota," katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, pertambahan kenderaan ini mungkin disebabkan kebanyakan orang ramai mula pulang ke ibu negara untuk yang tidak bercuti panjang dan perlu memulakan tugas esok.

Dalam pada itu, kesesakan turut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, bermula petang tadi selepas laluan ke utara dan selatan lancar di kedua-dua hala pada sebelah pagi tadi.

Ketua Kecemerlangan Operasi Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohd Yusuf Abdul Aziz, berkata trafik di kedua-dua hala lancar pada sebelah pagi namun jumlah kenderaan mulai meningkat sekitar jam 11 pagi tadi.

"Ini kemungkinan berpunca daripada aktiviti masyarakat setempat yang menggunakan kemudahan lebuh raya untuk aktiviti ziarah Aidilfitri.

"Walau bagaimanapun, trafik bergerak perlahan di kawasan utara antara Gurun, Sungai Petani, Seberang Perai, Jawi termasuk Changkat Jering dan kawasan mendaki di Terowong Menora.

"Beberapa kawasan lain di antara Slim River menghala ke Bidor dan terus ke Gua Tempurung yang juga kawasan mendaki, trafik kini bergerak perlahan," katanya.

Dalam pada itu, katanya terdapat peningkatan trafik menghala ke ibu kota dari arah utara serta selatan dan trend itu dijangka akan berlarutan hingga ke malam.

"Kesesakan trafik dikesan berlaku di kawasan Pedas - Linggi, Ayer Keroh ke Simpang Ampat di kedua-dua arah, manakala trafik di Yong Peng serta Kulai juga semakin meningkat.

"Kita jangkakan jumlah kenderaan menuju pulang ke ibu negara akan semakin bertambah mulai petang ini hingga malam nanti," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -warga-kota-kembali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 10:21 PM | Show all posts
awalnya balik
duduk la kg sampai ahad
kami kat kl nk aman2 je drive ke sana ke mari tanpa kesesakan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 10:26 PM | Show all posts
kakak i and her family nak balik seremban malam  esok, harapnya traffic mula okay insya ALLAH. sebab siang tadi suhu tinggi ye kawasan utara.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya sabtu ahad ni tak jem la ye? Rupanya ramai yg cuti sampai rabu je. Ingatkan semua org cuti seminggu sampai ahad.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 11:18 AM | Show all posts
Suchi replied at 4-5-2022 11:03 PM
Kiranya sabtu ahad ni tak jem la ye? Rupanya ramai yg cuti sampai rabu je. Ingatkan semua org cuti s ...

semalam tu sikit je u..i think weekend ni lagi teruk. Petang semalam I from east coast slow moving je..malam tadi my brother very slow moving katanya..we expect weekend ni lagi teruk that's why we all adik beradik cuti hujung puasa mgu lepas. Bukan hari ni & esok
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.052388 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list