CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

[Dunia] Depp 'melepas' bayaran AS$22.5 juta watak Kapten Jack Sparrow - Ejen

[Copy link]
Post time 5-5-2022 01:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-5-2022 09:55 AM

Depp 'melepas' bayaran AS$22.5 juta watak Kapten Jack Sparrow - Ejen[size=14.399999618530273px][size=0.8]Mei 3, 2022 @ 5:47am




Depp pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan beliau terhadap Heard, semalam. - FOTO REUTERS



WASHINGTON: Pelakon terkenal, Johnny Depp, kehilangan peluang untuk meraih bayaran AS$22.5 juta bagi edisi keenam filem 'Pirates of the Caribbean' apabila Disney membatalkan projek itu selepas bekas isterinya, Amber Heard, menuduh beliau melakukan keganasan rumah tangga.

Ejen Depp, Jack Whigham, dalam keterangannya pada perbicaraan berprofil tinggi membabitkan saman fitnah selebriti berkenaan di Virginia, semalam, berkata dakwaan Heard melalui penulisan (op-ed) yang disiarkan dalam Washington Post itu disifatkan sebagai 'malapetaka' terhadap kerjaya Depp di Hollywood.

Whigham yang menjadi ejen Depp sejak 2016, memberitahu mahkamah bahawa selepas 'op-ed' itu disiarkan, keadaan menjadi mustahil untuk mendapatkan projek filem studio bagi pelakon berkenaan.

Beliau berkata, perjanjian sudahpun dicapai dengan Disney untuk Depp muncul dalam edisi keenam filem 'Pirates of the Caribbean' dengan watak tidak asing lagi sebagai Kapten Jack Sparrow.

"Perjanjian itu ditetapkan dengan bayaran AS$22.5 juta," katanya.
Bagaimanapun, Whigham berkata, Disney memutuskan untuk 'beralih arah' selepas penulisan terbabit disiarkan dalam Washington Post pada Disember 2018.

Heard pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Depp terhadapnya, semalam. - FOTO REUTERS



Depp, 58, memfailkan saman fitnah terhadap Heard, 36, atas penulisannya untuk kolum Washington Post itu, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta.

Heard yang juga pelakon filem 'Aquaman' pula membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta dan mendakwa dirinya mengalami 'penderaan serta keganasan fizikal' daripada Depp.

Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa ketika perbicaraan bahawa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Sementara itu, anggota pasukan keselamatan Depp, Travis McGivern, turut memberi keterangan pada perbicaraan, semalam.

McGivern memberitahu mahkamah, beliau ada ketika satu insiden pergaduhan pasangan itu di kediaman mereka di Los Angeles di mana Heard didakwa menumbuk muka Depp, membaling tin minuman dan meludah pada Depp.

Katanya, beliau kemudian membawa Depp keluar demi 'keselamatan' lelaki itu.

Depp dan Heard bertemu pada 2009 di set penggambaran filem 'The Rum Diary' sebelum berkahwin pada February 2015 tetapi bercerai dua tahun kemudian. - AFP







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.407233 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list