CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Dunia] Tapak 111 makam boleh dikunjungi

[Copy link]
Post time 5-5-2022 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-5-2022 06:20 AM

Tapak 111 makam boleh dikunjungi[size=14.399999618530273px][size=0.8][size=0.9]Agensi




TAPAK arkeologi Hegra di barat laut Arab Saudi di al-Ula.



Riyadh: Sebuah tapak arkeologi, Hegra di barat laut Arab Saudi di al-Ula dibuka untuk kunjungan pelancong.
Ia juga dikenali sebagai Al Hijr atau Madain Saleh.

Tapak arkeologi itu ditemui pada abad pertama memiliki 111 makam yang kebanyakannya mempunyai binaan yang dihias serta gua yang dilukis serta beberapa inskripsi pra-Nabataean.

Di tapak itu juga terdapat makam ukiran Nabataean purba menjadi Warisan Dunia bertulis pertama di Arab Saudi. Tapak arkeologi Hegra ialah tapak penting tamadun Nabataean.

Ini kerana integritinya yang luar biasa dan ia dipelihara dengan baik. Tapak itu memiliki makam dan monumen penting seni bina manakala hiasannya dibina dengan mengukir ke dalam batu pasir.

Ia menjadi saksi kepada perkembangan teknik pertanian Nabataean menggunakan banyak telaga buatan di tanah berbatu dan ada telaga masih digunakan.

Hegra menjadi saksi penemuan pelbagai pengaruh hiasan dan seni bina antaranya Assyria, Mesir, Phoenicia, Keyunanian selain penemuan kehadiran epigrafi beberapa bahasa purba.

Di kawasan itu juga terdapat Qasr al-Farid iaitu makam tunggal yang diukir menjadi kubah kecil yang dibina di kawasan terbuka.

Struktur bangunan tidak disiapkan sepenuhnya menjadikan sebahagian permukaan makan itu direka bentuk dari atas ke bawah.

Pengunjung juga boleh melihat seni bina halus pada pintu masuk dan permukaan licin 111 makam yang mencerminkan kemahiran luar biasa tukang batu pada zaman itu.

Di Hegra, manusia pada zaman Nabataean bermula sebagai pengembara, penternak biri-biri, kambing, dan unta di padang pasir.



Disiarkan pada: Mei 5, 2022 @ 12:01am




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.232634 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list